Ditanya Tips Cemerlang, Pelajar 4A STPM Dedah Rahsia Amalan Sejak Kecil..SUBHANALLAH

| March 12, 2019 | 0 Comments

Ditanya Tips Cemerlang, Pelajar 4A STPM Dedah Rahsia Amalan Sejak Kecil..SUBHANALLAH | Khalifah Media Networks – Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) membuatkan pelajar ini begitu bersyukur. Apabila ditanya tips kejayaannya, Ini amalannya sejak kecil..Subhanallah.

Ditanya Tips Cemerlang, Pelajar 4A STPM Dedah Rahsia Amalan Sejak Kecil..SUBHANALLAH

Mendisiplinkan diri dengan tidak melambatkan solat serta rajin membaca Al-Quran setiap kali sebelum mengulangkaji pelajaran.
Itu adalah kunci kejayaan Maslissa Mansor, 20 tahun, yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.

Maslissa, anak bongsu dari enam beradik merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman di Beseri, Perlis.

Ditanya Tips Cemerlang, Pelajar 4A STPM Dedah Rahsia Amalan Sejak Kecil..SUBHANALLAH

Sungguh pun bukan berasal dari keluarga senang dan tidak pernah mengikuti kelas tambahan di luar sekolah, Maslissa tetap bersikap seadanya dan enggan menyusahkan kedua ibu bapa yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa.

Kerana itu, Maslissa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas.

Ketika menunggu keputusan STPM pun, Maslissa turut melakukan kerja sambilan sebagai persediaannya untuk memasuki universiti.

Kata Maslissa, tabungan itu dibuat sejak sekolah rendah, kerana menjadi impiannya menyambung pelajaran dan mengubah nasib keluarga.

“Alhamdulillah, sebab saya pun masa menunggu keputusan ni kan lama lagi masa untuk masuk ke universiti, (jadi) saya ada bekerja sambilan dan menabung sedikit untuk kegunaan sendiri sebagai persediaan,” katanya.

Kata ibunya, Aishah On, 63 tahun, dia dan suami, Mansor Mad Seman, 69 tahun pernah bergolok gadai membeli keperluan persekolahan dan buku rujukan untuk Maslissa.

Namun, mereka tidak menganggap itu sebagai bebanan malah berbangga dengan pencapaian Maslissa.

Kata mereka, segala pengorbanan terdahulu akhirnya berbaloi.

“Dia sembahyang tak tinggal dari awal, dari darjah satu… kami tekankan pendidikan cara Islam.

“(Dia) anak yang baik, tak melawan,” kata ibunya.

Maslissa antara 12 pelajar yang mendapat 4A dalam STPM 2018 di seluruh negeri Perlis.

Impiannya untuk bergelar seorang pendidik dan berhasrat meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.

Kredit : AstroAwani

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *