Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU

| December 18, 2018 | 0 Comments

Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU | Siapa sangka Mufti Perlis telah mencoret puisi khas buat arwah Adib yang buat ramai sayu. Allahu.

CORETAN PUISI DR MAZA BUAT ARWAH ADIB

Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU

Tajuknya.. HARI INI BUMIKU MENANGIS

Hari ini airmataku menitis
Bumiku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah dia yang merenjis

Orang-orang yang bangsat
Yang tidak tahu hormat
Membunuh insan yang berkhidmat
Tanpa alasan melainkan jahat

Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU

Sebalik mereka ada lidah penghasut
Api permusuhan disembur disebut
Segala pembohongan diangkut disangkut
Kononnya di sini mereka hidup merempat melukut

Setelah ditabur baik budi
Diberi ruang berkongsi bumi
Tidaklah pula tahu hargai
Apakah itu jasa dan bakti

Kita ingin hidup damai dan aman
Sama berkongsi pemberian Tuhan
Tapi, ada adab ada sempadan
Itulah kehidupan seorang insan

Namun…

Jika cacing naik ke mata
Yang dicari hanya sengketa
Maka kasarlah yang diminta
Bangkit amarah bangkit segala

Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU

Tiada penawar bagi pengkhianat
Bawalah mereka khalayak rakyat
Hukum dan undang mesti diangkat
Jika pertiwi mahu harmoni selamat
Perosak kedamaian mesti ditamat

Sumber: FB Dr Maza

Dr Maza Terkini Coret Puisi Khas Buat Arwah Adib Yang Buat Ramai SAYU

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *