Final AFF. Kata TERKINI Sumareh Kepada Syahmi Buat Peminat TERUJA

| December 13, 2018 | 0 Comments

Final AFF. Kata TERKINI Sumareh Kepada Syahmi Buat Peminat TERUJA | Syahmi Safari hero Malaysia ketika menentang Thai tak dapat beraksi ketika Final lawan Vietnam di Bukit Jalil. Menjelang Final di Vietnam, Sumareh memberi komen mengejutkan terhadap Syahmi buat ramai peminat teruja.

BANTUAN SYAHMI MEMUDAHKAN TUGAS SAYA – SUMAREH

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh gembira dengan kehadiran semula tonggak pertahanan kanan, Syahmi Safari yang kini bebas daripada penggantungan menjelang aksi kedua final Piala AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

Final AFF. Kata TERKINI Sumareh Kepada Syahmi Buat Peminat TERUJA

Jelas Sumareh, ketiadaan pemain muda Selangor itu pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 2-2 Selasa lalu, amat dirasai terutama ketika melancarkan serangan ke kubu lawan.

Syahmi yang menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan di separuh akhir kedua menentang Thailand, kerap membantu bahagian serangan menerusi hantaran silang menarik sekali gus memudahkan tugas Sumareh yang beraksi di posisi sayap kanan pasukan.

Katanya, dia sangat serasi bergandingan bersama Syahmi yang sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Walaupun Syahmi pemain pertahanan, dia banyak bantu saya ketika kami melancarkan serangan dari sebelah kanan.

“Malah, ‘chemistry’ antara kami cukup baik dan saya yakin kehadirannya dalam kesebelasan utama akan membolehkan kami mendapat rentak asal seperti mana ketika menentang Thailand,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), di sini, hari ini.

Pada aksi pertama di Bukit Jalil, tempat Syahmi diisi pertahanan kanan Perak, Amirul Azhan Aznan yang tampak gugup sepanjang aksi sebelum dia dikeluarkan dan digantikan dengan Syafiq Ahmad pada babak kedua.

Dalam perlawanan itu, skuad negara terlebih dahulu ketinggalan apabila skuad Naga Emas mendahului dengan dua gol hasil jaringan Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy (m-25).

Tonggak pertahanan tengah, Shahrol Saad kembali menghidupkan semangat pasukan negara apabila merapatkan kedudukan menerusi tandukan (m-36) sebelum Safawi Rasid meledak gol penyamaan hasil sepakan percuma pada babak kedua.

“Kami kena berhati-hati dengan serangan balas mereka yang cukup pantas. Namun kami bukan merancang untuk seri sebaliknya menang.

“Saya harap setiap pemain akan mempunyai mentaliti kemenangan. Hanya dengan kemenangan kita dapat muncul juara, bukan seri tapi menang,” kata pemain kelahiran Gambia itu. (Sumber: Berita Harian)

BIODATA SUMAREH

Nama : Mohamadou Sumareh
Asal : Gambia
Tarikh Lahir : 10 September 1991
Kerakyatan : Malaysia
Kelab Sekarang : Pahang FA
Posisi : Sayap Kanan, Sayap Kiri, Penyerang Tengah

Final AFF. Kata TERKINI Sumareh Kepada Syahmi Buat Peminat TERUJA

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *