Gaji Pensyarah Universiti RM5000 Sebulan Tapi Hidup MERANA Kerana… | Ramai sangka kehidupan dia selesa sebagai pensyarah universiti tapi “sesuatu” terjadi buat hidupnya merana teruk. Ini sebabnya. Semoga jadi pedoman kepada semua. Seperti diceritakan oleh Encik Azemi (FB LINK).

TERINGIN HIDUP SENANG TETAPI TERUS TERJERAT…

Gaji Pensyarah Universiti RM5000 Sebulan Tapi Hidup MERANA Kerana...

As salam En Azemi. Saya A (bukan nama sebenar). Saya bekerja sbg Pensyarah Bahasa Inggeris di U. Saya terjumpa acc En Azemi di wall FB saya.

Mungkin ada org share sesuatu dari akaun En Azmi. Saya tulis msg ni utk mendapatkan nasihat dari En Azmi. Saya sedia maklum En Azmi adalah Unit Trust Consultant. Mungkin masalah yg ingin saya ajukan lebih kepada bebanan hutang saya hadapi skrg ini.

3 tahun dulu, sebelum saya bekerja dengan U. saya bekerja dengan sebuah kolej swasta di KL. 6 bulan kerja saya sudahpun mengambil loan sbyk RM20 000 dr Bank Rakyat melalui potongan gaji.

Semenjak dari tu, bila mana ada kenaikan gaji dsb, sy akan overlap loan tersebut. Loan yg dulunya RM20 000 dah pun menjadi RM175 000.

Mmg byk En Azmi. Sbb apa saya ambil loan dan overlap? Mungkin atas faktor kesempitan wang (kerana masa tu gaji permulaan saya ialah RM1500 dan saya hidup dengan gaji RM1500 selama setahun di KL).

Selain itu, saya tak nafikan saya ambil loan tersebut atas faktor inginkan keselesaan dsb. Apa tah lagi masa tu tempoh peminjaman ialah 20 tahun jadi potongan bulanan itu kecil.

Sebelum saya join U, potongan bulanan loan tersebut ialah RM1300 sebulan. Dalam pada masa yg sama saya mempunyai dua kredit kad dengan setiap satu bernilai RM4000 dan RM3000.

Akan tetapi, sebelum sy join U. saya dah pun menamatkan perkhidmatan kredit kad saya yang bernilai RM4000 tersebut manakala kad kredit saya yg RM3000 sy simpan utk emergency (tapi belum sempat ada emergency, kredit kat tu sy dah habis pakai).

Selain itu, saya mempunyai ansuran bulanan kereta MyVi sbyk RM600 sebulan.

Episod hitam saya ini bermula apabila saya join U sbg Pensyarah tetap. Kesilapan saya yg pertama ialah saya tidak menyambung potongan bulanan Bank Rakyat saya dengan potongan Bulanan.

Sebaliknya, saya membuat loan yg baru dengN gaji baru saya di U. Antara sbbnya ialah saya berhutang dengan sahabat saya sebanyak RM10 000. Sbb sy berhutang pun kerana nak bayar hutang2 kecil dsb.

Kesilapan sy yg kedua ialah, sy membuat loan baru apabila saya join dengan U dengan koperasi. Jadi, interestnya tinggi. Saya mengambil loan maksimum iaitu sehingga mencecah potongan 60%. Duit loan tersebut cadangnya ingin dibuat niaga akhirnya habis begitu sahaja.

Selepas itu, byk perkara2 hitam lain berlaku satu persatu. Bermula dengan bank bagi keredit kad sy yg bernilai RM3000 tersebut call sy dan ingin mengambil tindakan saman kerana sy pending bayaran selama 6 bulan.

Makanya saya mengambil jalan yg singkat itu dengan membuat pinjaman dengan peminjan berlesen (Ah Long).

Saya ambil pinjaman sebanyak RM10 000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM927 sebulan. Bukan itu sahaja, kad atm saya juga dipegang oleh mereka.

Walaupun sy membuat pinjaman sbyk RM10 000, payout ketika itu ialah RM8k lebih sahaja. Saya buat pembayaran habis kredit kad saya dan menutup akaun kredit kad tersebut.

Bakinya, saya bercadang ingin membayar ansuran bank rakyat saya tetapi apakan daya masa itu beberapa minggu sebelum raya tahun lepas, makanya sy berbelanja duit tersebut.

Akhirnya, kereta myvi saya ditarik kerana sudah 5 bulan saya x bayar. On top of that, saya dapat surat lawyer dari Bank Rakyat utk dikenakan tindakan Mahkamah kerana gagal membuat pembayaran bulanan selama hampir setahun.

Saya jadi betul2 bingung. Saya x tahu kepada siapa saya nak mengadu. Saya ada ke AKPK tetapi tetap bertemu jalan buntu. Ini kerana loan bank rakyat saya adalah untk 20 tahun dan sekiranya mereka ingin restructure loan tersebut, it will be of 10 years jadinya bayaran bulanan saya akan meningkat dari RM1300 kepada RM2600. Sdgkn bayaran RM1300 pun saya xmampu nak bayar. Inikan pula RM2600.

Ketika kereta saya ditarik, sy langsung ignore panggilan dari bank. Sbb sy dah buntu dan saya xtahu nak buat apa. Jadinya, saya ambil langkah utk mendiamkn diri.

Pendek cerita En Azemi, kereta saya sudah pun dilelong dan akaun tersebut diletak dalam akaun pemerhatian (saya merujuk kepada laporan CCRIS BNM).

Ada ketikanya saya merasa bersyukur atas ujian Allah ini. Ini kerana masalah bayaran RM600 utk installment kereta sudah tiada lagi. Makanya beban saya dah berkurang.

Akan tetapi saya masih berhutang dengan bank kereta tersebut sbyk RM6k lebih kerana harga kereta dilelong rendah berbanding hutang sy dgn bank tersebut.

Berkenaan dengan Bank Rakyat, saya sudah pun membuat bayaran bulanan sbyk RM1500. Saya lebih kan RM200 supaya dapat tampung balik tunggakan setahun saya dengan Bank Rakyat. Saya mula nak bayr balik sbb saya dpt msg dari peguam (yg asalnya terhantar salah msg utk membawa saya ke mahkamah utk diisytihar bankrap) tapi that msg became my wake up call. Saya dah mula sedar bahawasanya saya tidak boleh lari dari masalah. Saya kene hadapinya.

Ok. Utk pengetahuan En Azmi, gaji terkini saya ialah RM4688. Potongan hutang saya ialah RM2000 lebih. Saya masih lagi buat potongan KWSP kerana saya masih belum disahkan jawatan. Jadinya, gaji bersih saya dalam tangan ialah RM1900. Tapi disebabkan hutang sy dengan pinjaman berlesan itu ada lagi, saya hanya dapat RM900 lebih utk survive.

On top of that, saya ada mengajar tuisyen waktu malam. Jadinya pendapatan sampingan saya itu mencecah RM1k sebulan. Jadi dengan RM1900 ini saya kene bayar fix installment saya seperti:

a) Sewa Rumah: RM600
b) Bil api: RM150
c) Bil internet: RM150
d) Bayaran courts mammoth: RM200
e) Bil telefon: RM200

Jadi baki ditangan saya approximately RM600. Ini pun tak termasuk minyak, barang dapur rumah, makanan kucing etc.

On top of that, saya sudah pun berjanji dengan Bank Rakyat utk star bayar balik RM1500 sebulan.

Mesti En Azemi tertanya mana dtg duit saya bayar Bank Rakyat saya? Saya ada mengajar kelas tambahan. Ini pendapatan sampingan yg saya buat. Tapi dapat dalam RM2000 tapi berkala dan bukannya setiap bulan.

Selepas saya memilih option KWSP yg lebih rendah, makanya saya ada ruang (dalam RM190) utk buat pinjaman. Saya pun bercadang utk membuat loan bagi menyelesaikan hutang2 kecil saya yg one-off contohnya duit buku students yg saya berhutang sbyk hampir RM9000 (duit ni sy terpakai masa sy terdesak xde duit nak makan or isi petrol or benda2 yg lain).

Tapi loan saya masih dalam proses. Selain itu sy ada jugak berhutang dengan sedara2 saya sbyk RM3000 dan RM2000. N then saya ada juga memajak brg kemas ibu saya (masa tu pun tgh terdesak) sebanya RM1.5k, RM3k, RM400 dan RM500.

Sebenarnya apa yg sy tulis ni, there is more than this. At this point, saya rasa sgt2 buntu. Saya xtahu nak buat apa. I am looking fwd tahun ni bila saya dah disahkan dalam perkhidmatan supaya saya boleh pilih skim pencen dan withdraw duit kwsp saya.

Saya buat kira2 dan anggaran saya RM50k. Dengan duit ini, boleh lah sy bayar semua hutang2 kecil so that saya bolehlah stable cket and concentrate dgn hutang2 yg besar.

Saya nak tanya pandangan En Azemi. Apa yg perlu saya buat yer?

Semoga kita semua dapat iktibar.

Share jika bermanfaat. KREDIT Encik Azemi (FB LINK)

Share.

Leave A Reply