Gempa Bumi Sulawesi. Penduduk Tergamam سبحان الله Semburan Api Muncul Dari Tanah Lumpur. Ada VIDEO.

| February 13, 2019 | 0 Comments

Gempa Bumi Sulawesi. Penduduk Tergamam سبحان الله Semburan Api Muncul Dari Tanah Lumpur. Ada VIDEO. | Tak ramai tahu tak lama lepas gempa bumi Sulawesi yang korbankan 1000 orang tahun lepas berlaku, kejadian aneh berlaku. Semburan api muncul dari tanah lumpur. Lepas pakar buat siasatan, puncanya amat mengejutkan. Ada VIDEO.

TRAGEDI GEMPAR BUMI SULAWESI

Video ada di hujung artikel. SEMENANJUNG Minahassa, Sulawesi, Indonesia digegar gempa lagi, pada 1.43 tengah hari ini, dengan kekuatan sederhana bermagnitud 5.2.

Gempa Bumi Sulawesi. Penduduk Tergamam سبحان الله Semburan Api Muncul Dari Tanah Lumpur. Ada VIDEO.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 100 kilometer (km) ke Utara Palu, dengan kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami berikutan gempa itu.

Pada Jumaat, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Donggala, Sulawesi Tengah, pada 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.

Bencana itu dilapor mengorbankan kira-kira 800 nyawa setakat ini.

Penduduk Gempar Muncul Pula Semburan Api Bawah Tanah

JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.

Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.

Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.

Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.

Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran.

Pakar geologi dan saintis yang telah bergegas melakukan kajian di situ tidak menolak kejadian itu berlaku kerana gempar bumi yang telah menggerakkan plat bawah bumi dan menolak keluar bahan bakar seperti gas asli mahupun bitumin keluar dan akhirnya menyebabkan kebakaran.

VIDEO SEMBURAN API MUNCUL DARI TANAH LUMPUR

Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro via Sweet Nutella

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *