Hukum Puasa Bagi Ibu Yang Hamil Dan Menyusu.

| June 2, 2018 | 0 Comments

Hukum Puasa Bagi Ibu Yang Hamil Dan Menyusu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sepanjang bulan Ramadan, ramai di kalangan kita yang bersungguh-sungguh mengejar barakah yang berada di dalamnya dengan mengerjakan amalan berpuasa dengan sempurna.

Bagi lelaki dan wanita yang tidak hamil, tentunya ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Pakar perubatan sendiri tidak menggalakkan mereka berpuasa terutama pada 3 bulan yang pertama. Ini kerana kehamilan di peringkat awal selalunya memberikan komplikasi yang tidak menyenangkan bagi wanita hamil di samping di saat ini bayi memerlukan nutrien yang secukupnya.

Namun begitu ramai wanita hamil yang tidak mahu mensia-siakan keberkatan dan peluang untuk beramal di bulan ini. Kebanyakan ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudharatkan bayi atau diri wanita yang hamil itu sendiri.

SOALAN :

Saya kini hamil tiga bulan tetapi setakat hari ini saya masih lagi berpuasa. Tetapi puasa saya kali ini agak besar sedikit dugaannya di mana bermula seawal pukul 10.00 pagi hinggalah ke waktu berbuka saya lapar sehingga menyebabkan saya mengalami pening kepala. Ini sedikit sebanyak mengganggu tugas saya di pejabat.

Saya ingin bertanya, adakah dibolehkan saya berbuka puasa sekiranya saya berasa amat lapar dan tidak mampu untuk bertahan sehingga ke waktu berbuka? Dan bolehkah saya meninggalkan puasa pada hari-hari yang saya rasa tidak berdaya?

JAWAPAN :

Sekiranya saudari bimbang diri saudari mengalami perkara-perkara yang boleh memudaratkan, maka saudari dibenarkan untuk berbuka puasa. Perkara ini termasuk dalam pemberian rukhsah (kelonggaran) kepada perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anak.

Bagi kedua-dua keadaan ini, saudari hanya perlu qada sahaja tanpa fidyah. Sekiranya kekhuatiran saudari ke atas bayi dalam kandungan, maka saudari perlu qada sahaja tanpa perlu fidyah. Mengikut pendapat Mazhab Syafie, sekiranya seorang perempuan khuatir atas dirinya dan atas diri bayinya maka hendaklah dia mengqada puasanya dan membayar fidyah. Hal ini di-istinbat daripada ayat Allah SWT Yang bermaksud :

“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdayaberpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin” ( Surah al-Baqarah, Ayat 184)

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi kelonggaran kepada orang-orang tua dan orang-orang yang tidak mampu menjalankan ibadah puasa. Mereka dikenakan pembayaran fidyah. Menurut Ibnu Qudamah, Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusu termasuk dalam ayat ini .(Al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan,jld. 2, hlm. 39)

Masalah kesihatan yang dihadapi saudari adalah kesan daripadakehamilan. Berdasarkan kepada syariat Islam, Sekiranya perempuan yang mengandung, berhadapan dengan kesulitan dan gangguan kesihatan, maka dia dibenarkan untuk berbuka puasa dan puasa yang tinggalkan itu hendaklah diqada.

Kesimpulannya, saudari mempunyai kelonggaran untuk dari segi syarak untuk berbuka puasa sekiranya saudari mengalami gangguan kesihatan. Justeru, teruskan berpuasa pada hari-hari yang saudari mampu berpuasa dan berbuka pada hari-hari yang saudari tidak mampu.

Semoga segala persoalan terjawab.

Kredit : Dr Farid Ravi.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *