Hukum Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Solat Jumaat diwajibkan kepada semua umat Islam lelaki yang mukallaf (di Malaysia).

Hukum Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat.

Tempat untuk ibadah Solat Jumaat ini kebiasaanya diadakan di Masjid atau surau yang dibenarkan oleh Majlis Agama Negeri dengan mengikut syarat sah dan wajib yang telah digaris kan oleh Islam.

Timbul persoalan di sini apabila jika hari raya jatuh pada hari jumaat adakah tidak perlu pergi solat jumaat? Atau sebaliknya. Hal ini timbul kerana, solat raya juga ditunaikan secara beramai ramai di masjid dengan 2 rakaat dan 2 khutbah. Keadaan ini buat ramai yang keliru dan memilih untuk tidak hadir salah satu solat tersebut.

SOALAN :

Sejauh mana kekal hukum pengguguran solat Jumaat apabula raya jatuh pada hari jumaat? Ini kerana masih ada yang keliru dan mengambil langkah memilih untuk hadir salah satu daripada solat tersebut?

JAWAPAN :

Dalam persoalan ini, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kefarduan Jumaat. Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefarduan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat.

Imam Ahmad bin Hambal berpendapat bahawa solat Jumaat gugur sekiranya hari raya jatuh pada hari jumaat. Ini kerana sudah ada solat yang menghimpun manusia seumpama dengan solat Jumaat dan falsafahnya juga sama. Ditambah lagi, pada hari raya kebiasaannya orang sibuk dengan aktiviti khusus hari raya.

Imam Ahmad juga berhujah bahawa saidina Uthman bin Affan mengizinkan penduduk kawasan tinggi di Madinah supaya tidak, datang bersolat Jumaat. Akan tetapi ulama menolak bahawa amalan seseorang sahaja dalam kalangan sahabat tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan pengguguran solat Jumaat.

Hal ini juga tidak disepakati oleh jumhur ulama. Penolakan ini dikukuhkan lagi dengan penghujahan daripada ayat al-Quran itu sendiri.

Allah S.W.T. menyatakan:

” Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan bagi mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah pergi (ke masjid) bagi mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu). Yang demikian adalah baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) “ (Surah Jumu’ah, ayat 9)

Dalam ayat kefarduan solat Jumaat, Allah S.W.T. memerintah kan supaya pergi ke Masjid dengan segera bagi menunai kan solat Jumaat termasuk lah pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf Al-A’immah karya Imam Al-Dimasyqi menyatakan bahawa: “MenurutĀ  Imam As-Syafie yang sahih, apabila hari raya jatuh hari Jumaat, tuntutan solat Jumaat tidak gugur kepada penduduk kampung (pemastautin) bagi menunaikan solat Jumaat.

Adapun bagi mereka yang datang dari kampung lain, tuntutan tersebut digugurkan. Sekiranya mereka sudah menunaikan solat sunat hari raya, mereka dibenar kan untuk terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat.

Menurut Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung wajib menunai kan solat Jumaat.

Menurut Imam Ahmad pula, tidak wajib menunai kan solat Jumaat sama ada penduduk tetap ataupun tidak. Kewajipan solat Jumaat gugur selepas melaksanakan solat hari raya tetapi mereka wajib solat Zuhur. Ad-Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitab nya Bidayatul Mujtahid menyatakan pendapt Imam Malik selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah.

Dinukilkan bahawa, Imam Malik dan ABu Hanifah ber sependapat, “Sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka mukalaf dituntut bagi melakukan kedua duanya”.

Secara dasarnya, Imam Syafie tetap mewajib kan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota. Bagi penduduk desa atau padang pasir (badwi) yang berkunjung ke kota untuk solat raya dan solat Jumaat, dan di tempat mereka tidak laksana kan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerja kan solat Jumaat.

KESIMPULAN

Bagi rakyat Malaysia yang berpegang dengan Mazhab Syafie, tidak gugur kefarduan solat Jumaat (WAJIB SOLAT JUMAAT) walaupun sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Di negara kita keadaan nya sangat berlainan, kita tidak menghadapi kesukaran untuk pergi ke Masjid dan kebanyakkan Masjid berhampiran dengan rumah.

Kredit : Dr Farid Ravi

Share.

Leave A Reply