Inilah 11 Khasiat Oat Berdasarkan SAINS (Serta Menguruskan Badan Cara Sihat).

| November 19, 2018 | 0 Comments

Inilah 11 Khasiat Oat Berdasarkan SAINS (Serta Menguruskan Badan Cara Sihat).| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Oat adalah antara bijirin yang paling sihat. Ia adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.

Inilah 11 Khasiat Oat Berdasarkan SAINS (Serta Menguruskan Badan Cara Sihat).

 

1. Menjaga kesihatan jantung

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70 gram oat setiap hari. Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana kebaikannya kepada kesihatan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.

 

2. Menjaga kesihatan usus

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

 

3. Menurunkan berat badan dengan cara sihat

Oat mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit semasa anda berdiet.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Oleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

Jom kami kongsikan resepi oat untuk kurus:

Bahan-Bahannya:

1/2 Cawan Rolled Oat
200 ml susu segar rendah lemak
1 sudu Madu Asli
1 sudu besar Yogurt
3 biji kurma
Buah-buahan segar seperti starwberry , pisang dan epal
Cara-caranya:

Campurkan oat , susu dan panaskan di dalam oven selama 2 minit dan selepas itu boleh campurkan madu, yogurt , kurma dan buahan segar dan sedia untuk di nikmati sebagai sarapan atau pun juga makan malam anda yang lebih sihat. Buat pilihan yang bijak untuk kurus mudah dengan oat.

 

4. Mengawal gula dalam darah

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan kawalan gula dalam darah yang tinggi. Ia biasanya disebabkan oleh penurunan kepekaan terhadap insulin hormon. Oat boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah, terutama pada orang yang berlebihan berat badan atau mempunyai diabetes jenis 2. Ia juga boleh meningkatkan sensitiviti insulin.

 

5. Menjaga kulit

Bukan satu kebetulan oat boleh didapati dalam banyak produk penjagaan kulit. Pembuat produk ini sering menyenaraikan oat halus sebagai “colloidal oatmeal.” Sebenarnya, oat mempunyai sejarah penggunaan dalam rawatan gatal dan kerengsaan dalam pelbagai keadaan kulit. Contohnya, produk kulit berasaskan oat boleh merawat gejala eczema yang tidak selesa. Bahkan, aktres Bea Alonzo menggunakan oat dalam salah satu petua kecantikannya.

 

6. Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Oat merupakan bijirin gandum yang boleh membantu menurunkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetes tahap dua. Dalam kajian mendapati oat mengandungi sebatian kimia yang dipanggil lignan untuk mencegah penyakit jantung. Malah bijirin oat kaya dengan sumber zat besi, magnesium dan vitamin.

 

7. Menurunkan Kolesterol

Keupayaan oat menurunkan kadar kolesterol adalah kerana kandungan seratnya. Serat larut dihadam oleh bakteria normal dalam usus dan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh tubuh. Oat mengandungi serat yang dapat mengurangkan lipoprotein dengan kolesterol jahat (LDL) yang dapat meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

 

8. Mencegah Kanser

Fungsi serat dalam makanan tidak hanya untuk melancarkan sistem pencernaan. Kombinasi antioksidan yang tinggi dan memiliki metabolisme yang lancar menjadi jawapan untuk mencegah penyakit kanser. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.

 

9. Pilihan Pesakit Diabetes

Oat menjadi pilihan untuk pesakit diabetes kerana kandungan serat yang sangat tinggi dan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menyeimbangkan gula dalam darah. Pesakit diabetes boleh mengambil oat sebagai pengganti makanan utama. Pesakit diabetes sangat perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan serat untuk menstabilkan gula di dalam darah.

 

10. Kaya Dengan Antioksidan

Radikal bebas hanya boleh dimusnahkan dengan antioksidan. Oat mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan menentang radikal bebas yang boleh membantu menyerlahkan kecantikan dan kesihatan kulit.

 

11. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Oat sememangnya kaya dengan nutrisi terutama antioksida yang penting untuk menjaga sistem imun tubuh. Bukan itu sahaja malah dapat menyihatkan tubuh dan kesihatan kulit dengan mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.

Itulah dia khasiat oat yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *