Inilah 11 Petua Hilangkan Ketumbit Secara Semulajadi. Boleh Cuba!

| December 3, 2018 | 0 Comments

Inilah 11 Petua Hilangkan Ketumbit Secara Semulajadi. Boleh Cuba!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Orang tua kata, ketumbit tumbuh sebab mengintai orang mandi. Yang sebenarnya, ketumbit berlaku kerana berlakunya jangkitan kuman pada kelopak mata lalu menyebabkan keradangan.

Sakit Mata ketumbit

Kalau tiba-tiba ada ketumbit tumbut di mata anda, jom amalkan petua hilangkan ketumbit yang berikut.

1. Pastikan mata dalam keadaan yang bersih
Ya, mata mestilah bersih. Apabila ada ketumbit dimata anda, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan mata berada dalam keadaan yang bersih.

Kalau anda memakai solekan mata seperti maskara, eye shadow, eye liner dan sebagainya, tanggalkan makeup tersebut sehingga tiada sisa yang tertinggal menggunakan makeup remover. Kemudian cuci mata dengan air sehingga bersih.

 

2. Tuam
Setelah mata anda dibersihkan, anda boleh mula menuam ketumbit tersebut untuk mempercepatkan proses pengecutan. Anda boleh menuam ketumbit dengan salah satu cara berikut:

Daun sirih. Layurkan daun sirih di atas api dapur sehingga panas, biarkan seketika sehingga suhu daun sirih tadi menjadi suam. Kemudian tekapkan daun sirih itu ke ketumbit. Tekan dengan perlahan. Biarkan daun berada diatas ketumbit sehingga daun menjadi sejuk. Daun itu jangan dibuang, boleh digunakan semula untuk tuaman yang seterusnya.

Selain daun sirih, anda juga boleh menuam ketumbit dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan. Anda boleh panaskan sudu dengan cara memanaskan diatas api dapur atau merendam dalam air panas. Apabila suhu sudu telah kurang menjadi suam, tekapkan pada ketumbit. Tekan perlahan sehingga sudu menjadi sejuk.

Anda juga boleh menuam ketumbit dengan menggunakan kain yang direndam dalam air panas. Caranya sama seperti kaedah menggunakan daun sirih dan sudu besi.

Kalau anda ada botol kaca, isikan air panas ke dalamnya, balut dengan kain dan tuam pada mata yang berketumbit.
Hot water bag juga boleh digunakan untuk menuam mata yang berketumbit.

Akhir sekali, anda boleh gunakan gel pad yang dipanaskan dalam mikrowave untuk menuam ketumbit.

3. Garam
Anda juga boleh gunakan garam untuk menghilangkan ketumbit. Caranya:

  • Ambil satu sudu teh garam, rendam dalam air panas.
  • Celup tuala kecil dalam air garam tadi.
  • Tuam pada mata yang berketumbit.
  • Menuam dengan air garam terbukti membantu ketumbit kecut dengan lebih cepat berbanding menuam dengan air suam biasa.

4. Cuka epal
Selain garam, anda juga boleh menggunakan cuka epal atau apple cider vinegar untuk menuam mata yang ditumbuhi ketumbit. Caranya:

  • Ambil satu sudu teh cka epal, larutkan dalam air panas.
  • Celup tuala kecil dalam air tadi.
  • Tuam pada mata yang berketumbit.
  • Menuam dengan air larutan cuka epal terbukti membantu ketumbit kecut dengan lebih cepat berbanding menuam dengan air suam biasa.
  • Namun pastikan bahawa anda melarutkan dahulu cuka epal sebelum menuam. Jangan terus celup tuala kecil ke dalam cuka epal yang tidak dilarutkan kerana cuka epal bersifat asid. Dalam kepekatan yang tinggi, sifat menghakisnya juga sangat tinggi. Dikhuatiri akan mencederakan kelopak mata yang nipis.
  • Anda mungkin akan terasa sedikit pedih. Jika terlalu sakit, berhenti menuam dan basuh mata dengan air.
  • Sekiranya ketumbit tumbuh pada mata kanak-kanak, menuam dengan cuka epal adalah tidak digalakkan.

 

5. Tomato
Jika ada tomato di dapur, anda boleh gunakan untuk menghilangkan ketumbit. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Hiris tomato kepada hirisan kecil. Ambil satu hirisan dan tekapkan pada mata yang ada ketumbit. Biarkan selama 5 minit, cuci mata sehingga bersih.
  • Hiris tomato, dan simpan didalam peti sejuk. Apabila sejuk, ambil satu hirisan dan lekapkan pada ketumbit. Biarkan tomato melekap pada mata sehingga hilang sejuknya. Cuci mata sehingga bersih.
  • Kisar sebiji tomato. Masukkan dalam ice tray dan bekukan. Ambil satu kiub ais tomato, dan sapukan ke ketumbit.

 

6. Timun
Timun juga sangat membantu untuk mengecutkan ketumbit. Caranya sama seperti penggunaan tomato. Anda boleh pilih salah satu cara yang kami senaraikan di atas.

 

7. Bawang putih
Orang-orang tua menggunakan bawang putih untuk mengecutkan ketumbit dengan cepat. Caranya:

  • Ambil seulas bawang putih bersaiz kecil.
  • Buang kulitnya.
  • Belah dua bawang putih supaya airnya keluar.
  • Sapukan hujung bawang putih yang ada air ke ketumbit.
  • Anda mungkin berasa pedih semasa menyapu bawang putih pada ketumbit. Jika terlalu sakit, berhenti dan cuci mata dengan air bersih.
  • Petua ini tidak sesuai digunakan sekiranya ketumbit tumbuh pada mata kanak-kanak.

8. Uncang teh
Asid tanik dalam teh berfungsi sebagai anti bakteria dan mampu membunuh kuman punca berlakunya ketumbit. Selain itu, uncang teh juga membantu mengecutkan ketumbit. Caranya:

  • Rendam satu uncang teh dalam air panas.
  • Apabila sudah kembang, angkat uncang dan tunggu ia menjadi suam.
  • Letakkan di atas mata yang berketumbit, biarkan sehingga uncang teh menjadi sejuk.
  • Uncang teh hijau adalah lebih baik berbanding uncang teh hitam.

9. Jangan pecahkan ketumbit
Jangan sesekali pecahkan ketumbit yang tumbuh pada mata anda. Kami faham, anda tak sabar nak hilangkan ketumbit dari mata dan anda menyangka bahawa dengan memecahkan ketumbit, ia akan hiang dengan lebih cepat. Tapi anda silap. Seperti yang kami tulis di atas, ketumbit berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman.

Oleh itu, ketumbit dipenuhi dengan kuman. Kalau dipecahkan, dikhuatiri akan berlaku jangkitan kuman pada bahagian lain kelopak mata lalu menyebabkan tumbuh ketumbit yang baru. Dari satu ketumbit, akan jadi dua ketumbit. Lagi haru. Oleh itu, ingat ya. Jangan sesekali pecahkan ketumbit. Biarkan ia kecut sendiri.

 

10. Contact lense
Berehat daripada memakai contact lense sehingga ketumbit anda hilang.

 

11. Solekan mata
Elakkan memakai maskara, eye liner, dan eye shadow buat sementara waktu. Tunggu ketumbit anda hilang dulu.

Itulah dia petua hilangkan ketumbit yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *