Inilah 12 Cara Hilangkan Kutu Rambut. Boleh Cuba!

| December 9, 2018 | 0 Comments

Inilah 12 Cara Hilangkan Kutu Rambut. Boleh Cuba!|KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sekali anda berjangkit kutu rambut, memang susah nak dibanteras semula. Ada kutu rambut bukan bermakna anda seorang yang pengotor. Tetapi jangkitan mungkin berlaku semasa anak-anak anda berada di taska.

Inilah 12 Cara Hilangkan Kutu Rambut. Boleh Cuba!

Tidur beramai-ramai di taska akan menyebabkan kutu rambut melompat dari satu kepala ke kepala yang lain. Jom kami kongsikan cara hilangkan kutu rambut yang berkesan.

 

1. Air rendaman beras
Anda boleh hilangkan kutu kepala dengan menggunakan air beras. Cara menyediakannya ialah:

  • Rendam seganggam beras didalam secawan air
  • Biarkan semalaman
  • Keesokan paginya, basahkan kulit kepala dan seluruh rambut dengan air rendaman beras tadi
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati

 

2. Belimbing buluh
Belimbing buluh yang masam dan berasid akan membunuh kutu yang ada di kepala anda. Cara menggunakan belimbing buluh untuk menghilangkan kutu kepala ialah:

  • Ambil 3 biji belimbing buluh
  • Tumbuk sehingga halus
  • Tampalkan pes tadi ke kepala anda
  • Ratakan
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati
  • Anda juga boleh campurkan sedikit garam semasa menumbuk belimbing buluh

3. Daun sirih
Daun sirih bersifat antiseptik dan mampu membunuh kutu rambut yang sedang merayap di kepala anda. Caranya sangat mudah iaitu:

  • Dapatkan 3 helai daun sirih
  • Rebus dalam setengah cawan air
  • Tunggu sehingga mendidih
  • Kisar sirih bersama air rebusannya sehingga halus
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati

4. Garam
Garam akan membunuh kutu yang bermaharajalela di kulit kepala anda. Caranya ialah larutkan 2 sudu garam didalam setengah cawan air panas. Kacau sebati, tuang air larutan garam tadi ke seluruh kulit kepala dan rambut. Urutkan supaya tiada kutu yang akan terlepas. Bilas. Kutu yang mati akan jatuh bersama air. Lagi elok kalau anda sikat rambut dengan sikat kutu untuk menangkap kutu yang terselamat.

 

5. Limau nipis
Sifat limau nipis yang berasid juga akan membunuh kutu rambut di kepala anda. Namun, jangan lakukan petua ini terlalu kerap kerana dikhuatiri kandungan asid dalam limau nipis akan menghakis kulit kepala anda lalu menyebabkan kepedihan. Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan kutu kepala ialah:

  • Ambil 3 biji limau nipis
  • Potong kepada 4 bahagian
  • Masukkan ke dalam sebesen air
  • Perah limau nipis supaya airnya keluar
  • Gunakan air tadi untuk membasahkan kepala
  • Gosok seluruh kulit kepala dengan kulit limau nipis

Cara kedua yang boleh anda gunakan ialah dengan mengisar 3 biji limau nipis sehingga menjadi pes. Kemudian tampalkan pes tadi ke seluruh kepala termasuk rambut. Balut kepala anda selama satu jam. Bilas sehingga bersih. Kutu kepala akan mati.

 

6. Lemon
Selain limau nipis, anda juga boleh gunakan lemon untuk menghilangkan kutu kepala. Cara menggunakannya sama seperti limau nipis tadi. Kalau takde limau nipis, anda boleh gunakan lemon.

 

7. Minyak zaitun
Minyak zaitun sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan kebaikan. Salah satu daripadanya ialah untuk menghilankan kutu kepala. Menyapu minyak zaitun ke seluruh kulit kepala dan rambut akan menyebabkan kutu kepala mati kelemasan. Telurnya juga akan mati akibat kekurangan oksigen.

 

8. Minyak aromaterapi & essential oil
Jika anda tiada minyak zaitun di rumah, anda juga boleh gunakan minyak aromaterapi atau juga minyak essential oil untuk mengatasi masalah kutu kepala. Seperti minyak zaitun, apabila anda melumurkan minyak aromaterapi atau minyak essential ke kulit kepala, kutu dan telurnya akan mati kelemasan akibat kekurangan oksigen.

 

9. Cuka makan
Di dapur anda ada cuka makan? Cuka makan juga boleh digunakan untuk membunuh kutu kepala di rambut anda. Cara menyediakannya ialah:

  • Larutkan satu sudu cuka makan didalam setengah cawan air suam
  • Kacau sehingga sebati
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati

10. Cuka epal
Cuka epal atau apple cider vinegar juga sangat berkesan untuk membunuh kutu kepala. Sekali lagi kami ingin mengingatkan supaya tidak melakukan petua ini dengan terlalu kerap kerana dikhuatiri keasidannya akan menghakis kulit kepala anda. Cara menggunakan cuka epal untuk menghilangkan kutu kepala ialah:

  • Larutkan satu sudu cuka epal didalam setengah cawan air suam
  • Kacau sehingga sebati
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati

11. Bawang merah
Bawang merah mempunyai bau yang kuat. Selain itu, ia juga mengandungi gas yang boleh memedihkan mata. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk membunuh kutu kepala. Bayangkan kutu-kutu bertempiaran lari akibat mata yang pedih dan tak tahan dengan bau bawang. Caranya ialah:

  • Tumbuk 3 ulas bawang putih sehingga lumat
  • Ratakan pes bawang merah ke seluruh kulit kepala & rambut
  • Balut kepala dengan shower cap atau tuala
  • Bilas
  • Sikat rambut menggunakan sikat kutu untuk mengutip kutu yang telah mati

 

12. Bawang merah & minyak kelapa
Anda juga boleh campurkan sedikit minyak kelapa kedalam pes bawang merah untuk kesan yang lebih menakjubkan. Lagi cepat kutu kepala akan mati.

Itulah dia 12 petua hilangkan kutu kepala yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *