Inilah 20 Khasiat Ikan Keli. Ramai Tak Tahu!

| December 16, 2018 | 0 Comments

Inilah 20 Khasiat Ikan Keli. Ramai Tak Tahu!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus yang juga dikenali sebagai catfish adalah spesies yang banyak diternak untuk tujuan pemakanan. Bukan sahaja di Asia, ikan ini juga dimakan di negara-negara Afrika, Eropah Timur dan Amerika.

Inilah 20 Khasiat Ikan Keli. Ramai Tak Tahu!

Walaupun kualiti dan rasa ikan keli dari pelbagai negara mungkin berbeza, tetapi ikan disebut-sebut untuk mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan.

Ikan keli mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). Kadar lemak dalam ikan keli yang berjumlah 9-12 % juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.

Kandungan protein dari ikan keli dengan sebahagian daripadanya adalah kira-kira 18 gram, kira-kira 8 gram karbohidrat, 0.7 gram serat dan 13 gram lemak.

Setiap 100 gram ikan keli yang mengandungi tenaga 229 kilokalori. Ikan keli juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A , vitamin B kompleks, dan juga kalsium , magnesium, fosforus, kalium, natrium, dan zink. Ia juga kaya dengan vitamin D.

Ikan keli yang diternak di ladang mungkin mengandungi kurang merkuri kerana ia telah diberikan diet khas. Ikan keli dari ladang juga mengandungi asid amino 3 lebih rendah tetapi lebih tinggi dalam asid amino 6.

Apakah khasiat ikan keli?

1. Menyuburkan rahim
Kandungan omega 3 yang tinggi dalam ikan keli mempunyai fungsi untuk menyuburkan rahim wanita.

2. Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi dalam kandungan
Berita baik untuk ibu mengandung, antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia ialah meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi dalam kandungan.

3. Mengurangkan simptom psoriasis dan ekzema
Kandungan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) dalam ikan keli juga membantu mengurangkan simptom psoriasis dan ekzema.

4. Melambatkan proses penuaan & penyakit autoimun
Asid lemak omega 3 dan asid amino dalam ikan keli melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit autoimmun yang berkaitan dengan usia.

5. Meningkatkan kesihatan
Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu. Ia adalah ideal untuk diet untuk kesihatan.

6. Menjaga kesihatan usus
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus.

7. Menjaga kesihatan otak
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk neorogikal. Ikan keli juga mmebantu pertumbuhan otak dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA.

8. Menjaga kesihatan sistem dalam badan
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk sistem peredaran dalam badan.

9. Menjaga kesihatan jantung & mengurangkan risiko sakit jantung
Ikan keli mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanannya iaitu fitoplankton. Kebaikan asid lemak tersebut ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung. Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung.

10. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

11. Meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis
Ikan keli yang tinggi asid lemak omega 3 mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin.

12. Mengurangkan radang akibat artritis reumatoid
Kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai membantu mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid. Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) yang tinggi dalam ikan keli ialah mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis.

13. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Selain mengurangkan radang akibat penyakit artritis reumatoid, kandungan asid amino yang tinggi dalam ikan keli dipercayai mengurangkan tekanan darah tinggi.

14. Mengurangkan risiko terkena kanser
Kandungan omega 3 dan asid amino yang tinggi dalam ikan keli mengurangkan risiko terkena kanser.

15. Mengurangkan risiko penyakit thrombosis atau masalah pembekuan darah
Omega 3 dalam ikan keli mengurangkan risio penyakit thrombosis atau masalah pembekuan darah.

16. Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan
Minyak omega 3 dalam ikan keli membantu mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam badan.

17. Membantu perkembangan kanak-kanak
Ikan keli juga baik untuk pembesaran kanak-kanak kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ia membantu anak menjadi bijak dan fokus ketika belajar.

18. Mengurangkan masalah tekanan jiwa
Selain itu, ikan keli juga mengurangkan masalah tekanan jiwa dengan kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. KEharidan asid amino dalam ikan keli juga memberikan efek yang sama.

19. Merawat masalah kemandulan
Minyak omega 3 yang tinggi dalam ikan keli membantu merawat masalah kemandulan lelaki dan wanita.

20. Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia ialah memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis.

Itulah dia khasiat ikan keli. Rasanya pun sedap sangat.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *