Inilah 8 Sebatian Kimia Berbahaya Dibuang Di Sungai Kim Kim

| March 13, 2019 | 0 Comments

Inilah 8 Sebatian Kimia Berbahaya Dibuang Di Sungai Kim Kim | Khalifah Media Networks – Lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Inilah 8 Sebatian Kimia Berbahaya Dibuang Di Sungai Kim Kim

Antaranya ialah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toulene, xylene and limonene.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata semua sebatian kimia berkenaan ditemui selepas Jabatan Kimia menganalisis secara lebih terperinci sampel air Sungai Kim Kim, khususnya di kawasan sisa kimia berbahaya berkenaan dibuang.

“Perincian sisa bahan kimia berbahaya masih lagi dilakukan bagi mengetahui secara menyeluruh kandungan sebatian kimia yang dibuang kerana masih ada sebatian yang masih belum dikenal pasti.

“Setakat ini, lapan sebatian kimia berbahaya berkenaan sudah dikenal pasti dan kita tunggu ujian selanjutnya.

“Limonene contohnya digunakan dalam proses paralisis (pengasingan atau menghancurkan) elemen tayar kitar semula dan ada juga sebatian kimia berkenaan yang digunakan sebagai pelarut organik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezzani Mat Salleh.

Sementara itu, Bee Yin berkata, JAS akan memeriksa lanjut sebanyak 252 industri berhampiran Sungai Kim Kim bagi menyiasat sama ada terdapat sampel sisa kimia berbahaya di dalam sungai berkenaan yang sepadan dengan apa yang diproses di kilang.

Katanya, ia bagi mengelakkan dalang yang bertanggungjawab membuang sisa kimia itu terlepas daripada didakwa dan diambil tindakan.

“Kita juga akan memasang lebih banyak alat mengesan gas di beberapa altitut ketinggian berbeza di sekitar kawasan pencemaran bagi memantau bacaan kualiti udara setiap masa.

“Ia bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil sebelum gas kimia berbahaya merebak lebih jauh dengan faktor cuaca, terutama hujan dan angin kencang, ” katanya.

Kredit : BHOnline

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *