Kenali 3 Imam Besar Masjidil Haram Dari Tanah Melayu Yang Ramai Tak Tahu. | Siapa sangka rupanya ada 3 orang Melayu pernah jadi Imam Besar Masjidil Haram buat ramai umat Islam Melayu tak sangka. Orang Melayu ternyata bukan hanya suka makan tempat best sahaja. Subhanallah Hebat. Jom baca dan kongsikan.

3 IMAM MELAYU DARI TANAH MELAYU

Semasa Daulah Uthmaniyah (1299-1923) menguasai Tanah Haram Mekah, jawatan Imam Besar Masjidil Haram terbuka kepada umat Islam dari seluruh dunia yang benar-benar berkelayakan.

Kenali 3 Imam Besar Masjidil Haram Dari Tanah Melayu Yang Ramai Tak Tahu.

Dalam tempoh tersebut, hanya ada tiga orang ulama besar dari Nusantara yang dicatatkan pernah diangkat menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Mereka ialah :-

1) Syeikh Junaid Al Batawi

Lahir di perkampungan yang melahirkan ramai ilmuan Betawi iaitu Pekojan, Jakarta Barat. Beliau sangat masyhur di Tanah Arab kerana keilmuannya sehingga diberi gelaran Syaikhul Masyaikh Dikatakan panggilan ‘Siti Rahmah’ oleh orang-orang Arab kepada wanita-wanita Indonesia di Arab Saudi pada hari ini berasal dari nama isteri Syeikh Junaid Al Batawi. Beliau meninggal dunia di Mekah sekitar tahun 1840 an

2) Syeikh Nawawi Al Bantani

Lahir di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815. Mendapat gelaran Sayyidul Ulama Al Hijjaz (penghulu Ulama Nusantara di Hijjaz). Karyanya yang ditemui adalah sekitar 38 buah dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadith, tauhid, fiqh, tasawwuf & lain2.

Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 1897 dan dikebumikan berhampiran dengan makam isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah R.ha.

3) Syeikh Ahmad Khatib Al Minankabawi.

Lahir di Koto Tuo, Agam, Sumatera Barat pada tahun 1860. Beliau berguru dengan beberapa orang ulama besar Mekah antaranya mufti Mekah, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang agama, malah beliau juga mahir dalam ilmu matematik.

Antara karya matematik tulisannya ialah Raudatul Hisab & Alam al-Husab fi Ilm al-Hisab. Beliau meninggal dunia pada tahun 1916 di Mekah.

PS: Jika anda baru tau, jangan lupa untuk kongsikan informasi menarik ini. Terima kasih.

Sumber: thepatriot

Share.

Leave A Reply