Kes Bunuh Nur Aisyah..Penganggur TERSENTAK Dengar Hukuman Dibacakan.

| March 19, 2019 | 0 Comments

Kes Bunuh Nur Aisyah..Penganggur TERSENTAK Dengar Hukuman Dibacakan. | Khalifah Media Networks – Seorang pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipertanggungjawabkan dalam jagaannya, bulan lepas.

Ramlan Abdul Rashid, 37, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak itu di Blok G-3-4 Kuarters Hospital Langkawi di sini antara 9 dan 10 pagi, pada 23 Februari lepas.

Dia didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Ridzwan Salleh menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Awal bulan ini media melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang diserahkan ibunya untuk dijaga oleh sepasang suami isteri di sini.

Susulan itu, polis menahan pasangan suami isteri tersebut dan siasatan polis membawa kepada penemuan tengkorak serta cebisan rambut kanak-kanak itu di dalam sebuah gaung di Gunung Raya di sini.

Kredit : BERNAMA

Tags: , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *