Khasiat Lobak Merah Untuk Mencuci Paru-paru Perokok Yang Ramai Orang Tak Tahu.

| November 14, 2018 | 0 Comments

Khasiat Lobak Merah Untuk Mencuci Paru-paru Perokok Yang Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Asia.

Lobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin.

Apakah khasiat lobak merah?

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser.

1. Mencantikkan kulit
Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.

Lobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

Sayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan Nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

2. Anti penuaan
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.

3. Menjaga kesihatan mata
Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.

4. Mencegah penyakit jantung
Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

5. Menguatkan imuniti
Lobak merah juga baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit.

6. Membantu detox
Lobak membantu untuk membuang toxic dalam badan. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

7. Menghilangkan kembung
Lobak merah juga berfungsi untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

8. Mengurangkan risiko strok
Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam seminggu.

9. Menjaga kesihatan gigi
Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik. Lobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

10. Mengatasi kanser
Karotin dalam lobak merah menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.Ini kerana lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah kanser.

11. Meneutralkan racun rokok
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.

12. Menurunkan berat badan
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.

Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.

Lobak merah juga berupaya untuk :

  • Mengurangkan kandungan gula dalam badan.
  • Mengubati kencing manis.
  • Mengubati gout.
  • Merawat penyakit jantung.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Memanaskan badan.
  • Melancarkan aliran haid
  • Melancarkan air kencing.
  • Mengeluarkan kolestrol yang tidak baik dari badan.
  • Meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu tajamkan ingatan kanak-kanak.
  • Lobak merah boleh dibuat jus. Jusnya sangat berkhasiat dan dapat memberikan ketenangan setiap hari jika diamalkan minumnya. Selain bagus untuk mereka yang mengalami diabetis. Tapi mesti ‘original’ tanpa tambahan gula atau perasa lain.

Kredit : Bidadari

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *