Khasiat Ulam Yang Pasti Buatkan Anda Rasa Nak Makan Setiap Hari.

| October 16, 2018 | 0 Comments

Khasiat Ulam Yang Pasti Buatkan Anda Rasa Nak Makan Setiap Hari. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.

 

 

Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Di Malaysia terdapat lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering dan dan kerdas.

Jom ketahui khasiat ulam yang biasa kita makan.

1. Ulam raja

Ulam raja atau nama saintifiknya cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik. Antara khasiat ulam raja adalah mampu merawat diabetes mellitus type 2 berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik dari UPM.

Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit. Malah klorofil yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi, dan dapat membantutkan aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli.

 

2. Daun selom

Nama saintifik bagi daun selom ialah oenanthe javanica. Di Malaysia, daun selom digunakan dalam masakan seperti laksa, sebagai hiasan atau dikisar sekali untuk dibuat kuah. Ada juga yang menggunakannya dalam Nasi Kerabu. Daun selom juga dikenali sebagai Chinese celery di negara Barat kerana penggunaannya yang terkenal di kalangan orang Cina untuk tujuan perubatan.

Berbeza dengan Western celery yang biasa kita tengok, daun selom mempunyai batang yang kecil dan rasa daun yang kuat berbanding Western celery yang mempunyai batang yang rangup dan rasa manis. Kedua-duanya kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi dan potasium.

Dalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.

Daun selom juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala, berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan daun selom dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus daun selom yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk tidur.

 

3. Pucuk gajus

Nama saintifik bagi gajus ialah anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda berwarna merah atau merah perang. Rasanya kelat masam dan dimakan bersama sambal belacan dan nasi.

Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.

Pucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya. Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.

Selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis (diabetes). Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.

 

4. Kacang botor

Nama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan kerana kandungan kalorinya yang rendah.

Vitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A pula membantu mengelakkan kerosakan DNA. Vitamin B pula membantu meningkatkan tenaga sekaligus memberi mood yang baik.

Fiber sangat penting dalam imun sistem badan jadi dengan memakan kacang botor ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botorjuga mengandungi kalsium dan fosforus untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.

 

5. Daun pegaga

Nama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica. Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.

Daun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

Masalah keputihan dan haid yang sering dialami oleh wanita juga dapat diatasi dengan mengamalkan daun pegaga. Ia mampu melancarkan aliran darah dan merawat masalah kegatalan faraj wanita yang berpunca dari keputihan.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen sekaligus mengurangkan masalah parut atau regangan kulit.

 

6. Timun

Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus. Timun mengandungi banyak nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1,B2 dan C. Ia mengandungi racun alkoholis jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak kecacingan. Ia juga membantu marawat sakit tekak akibat batuk. Ia juga dapat mengubati penyakit berak berdarah.

Itulah dia khasiat ulam yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *