Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu.

| January 12, 2019 | 0 Comments

Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS -Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil mengumumkan bahawa nelayan tak boleh bergantung sangat dengan bantuan wang ringgit dari kerajaan. Selain tu, Tun Mahathir juga mahu nelayan dan juga petani meninggalkan pendekatan lama kepada pendekatan moden supaya boleh keluar dari kemiskinan. Bila bercakap pasal pendekatan lama, kami teringat cerita Pak Harun seorang nelayan yang sangat-sangat unik. Sambung baca…

Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu.

Kalau korang tengok Pak Cik Harun Muhammad kat tepi jalan, korang mungkin fikir dia ni macam datuk korang yang suka sangat bagi petua-petua lama. Tak pun yang jenis pakai kain pelikat sampai perut dengan singlet putih. Tapi kalau korang jumpa Harun kat tengah-tengah laut masa tengah atas bot, korang akan kenal dia sebagai nelayan yang pelik tapi benar.

Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu.

Harun hanya menyelam beberapa kali untuk tahu lokasi ikan

Harun adalah salah seorang nelayan di Setiu, Terengganu dengan keupayaan yang luar biasa. Sebagai nelayan yang menangkap ikan air masin (contohnya ikan gelama), dia hanya perlukan sebuah bot, serawan jala serta sepasang mata dan telinga. Dia tak perlukan teknologi sonar ataupun alat pengesan, cukuplah dengan menyelam sambil memerhati dan memasang telinga untuk dengar bunyi ikan.

Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu.

Harun jugak adalah salah seorang pendengar bunyi ikan yang masih hidup dalam keadaan tradisi ni hampir pupus. Ada juga laporan mengatakan yang dia mungkin satu-satunya pendengar ikan yang aktif di Malaysia dan mungkin juga dunia. Tapi bukanlah menyelam macam scuba diving tu. Dia akan turun dari bot dan menyelam dalam air sambil sebelah tangannya memegang bot. Maka bermulalah kehebatan mata dan telinga Harun di dalam laut.

“Selepas beberapa ketika, seolah-olah kita dapat melihatnya. Walaupun ikan itu sangat jauh, kita dapat merasakannya ia datang dari arah itu dan kita pergi ke sana. Hanya apabila kita semakin dekat, kita boleh mendengar dengan jelas.”- Harun,

Dapat je tahu lokasi kumpulan ikan tu, satu lagi bot dengan jaring akan dihantar. Bot yang lain pulak akan mengetuk-ngetuk bahagian tepi bot untuk menakutkan ikan supaya lari dan termasuk dalam jaring. Hanya dengan cara ni, Harun dan pekerjanya boleh dapat keuntungan RM7,000 seminggu.

Berdasarkan pengalaman, dia mengatakan yang setiap ikan hasilkan bunyi yang berbeza. Selain tu juga, ikan siap boleh buat bunyi amaran untuk kawan diorang yang lain kalau dengar bunyi bot nelayan.

Ada ikan yang berkomunikasi melalui kentut?
Seriuslah ikan ada bunyi? Biasa tengok dalam akuarium macam senyap je, waktu dalam kuali kena goreng masak sammbal petai pun senyap gak. Disebabkan Harun dan pekerjanya memang rapat dengan hidupan ikan, diorang tahu yang ikan ni boleh berkomunikasi sesama sendiri menggunakan macam-macam bunyi. Kalau klik video bawah ni, korang boleh dengar rakaman bunyi ikan.


Rakaman video ni sebenarnya adalah bunyi yang dihasilkan oleh ikan di persisiran laut Australia pada waktu pagi. Bunyi bising macam bunyi nyamuk lalu tepi telinga tu dipercayai dihasilkan oleh Blackspotted Croaker (Protonibea diacantus). Sementara bunyi yang lembut ditengah-tengah rakaman dihasilkan oleh spesis Terapontid. Kajian mengenai bunyi ikan juga adalah benda baru di mana ada tiga cara ikan menghasilkan bunyi:

  • Dengan bergendang pada bahagian perut (gas-filled swim bladders) menggunakan otot khas.
  • Dengan menggesek atau menggosok bahagian tulang yang ada pada badan macam cengkerik.
  • Dengan berenang secara agresif iaitu menukar-nukar arah masa berenang

Kisah Pak Harun, Satu-satunya Nelayan Lagenda Pendengar Ikan Yang Masih Aktif Di Dunia. Allahu.

Tapi tak semestinya tiga cara ni je. Sebab Ahli Biologi Marin ada buat penemuan baru yang mana ikan ni berkomunikasi menggunakan kentut. Pakar menamakan fenomena ni sebagai Fast Repetitive Ticks (FRT).

Bunyi ni juga dihasilkan dengan keluarnya gelembung-gelembung udara halus yang keluar dari bontot ikan. Cara ni biasa terjadi sewaktu keadaan gelap atau dalam kumpulan ikan yang banyak.

Jadi terbuktilah yang ikan seperti gelama juga mempunyai bunyi uniknya tersendiri dan Harun mengesan bunyi tu untuk tahu lokasinya. Tapi, banyak pihak yang merasa ragu dengan kemampuan Harun ni sebenarnya. Sebab sekarang mungkin susah dia nak dengar bunyi ikan gelama kerana…

Nelayan haram menjadi penyebab populasi ikan gelama berkurang
Kawasan tepi pantai Setiu tempat Harun tangkap ikan ni sebenarnya adalah kawasan yang ada tanah lembap. Walaupun kawasan ni kaya dengan ekosistem semulajadi, ia sekarang ni sedang diancam dengan aktiviti mengorek tanah dan akuakultur. Akuakultur ni secara ringkasnya adalah aktiviti membela ikan melalui kolam dan juga cara-cara lain. Aktiviti ni dah bagi kesan kepada ekosistem semulajadi yang ada. Kawasan tu jugak dalam perancangan untuk diubah menjadi sebuah taman.

Itu masalah di darat, kalau di laut pulak, masalah yang terjadi berpunca daripada tangkapan ikan secara berlebihan (overfishing). Bertambah buruk lagi, pada tahun 2007, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mendedahkan yang kapal haram dari luar sudah menangkap semua ikan yang ada. Itulah sebab kenapa hasil untuk nelayan Terengganu makin sikit. Daripada 800 ribu tan ikan setiap tahun, hanya separuh je yang sampai ke darat. Separuh lagi dijual kepada kapal luar yang ada ditengah laut. Tapi, nampaknya, dah ada tindakan yang mula dibuat.

“Kapal Lautan Dalam mesti merekodkan tangkapan minima 250 tan ikan dibawa ke darat dalam setahun bagi sesiapa yang menggunakan pukat tunda dan 350 tan untuk yang menggunakan pukat jerut. Hanya mereka yang membawa ikan ke darat dengan minima boleh memperbaharui lesen”- Datuk Munir Mohd Nawi, Pengarah Jabatan Perikanan, petikan dari The Star.

Walaupun tindakan dah diambil, undang-undang yang meminimakan tangkapan ni akan menyebabkan operator kapal akan menangkap lebihan ikan dan menjualnya kepada kapal luar. Jadi, tangkapan berlebihan tetap berlaku. Tangkapan berlebihan ni maksudnya belum sempat ikan tu membesar dan ada anak, dah kena tangkap. Kalau nak tahu, tangkapan berlebihan ni bukan je menjejaskan ekosistem, malah, bagi kesan kepada industri ikan.

Kalau tangkapan berlebihan ni terus berlaku tanpa sempat ikan ni nak membesar, semua nelayan hanya akan dapat menangkap ikan kecil atau anak ikan. Spesis ikan tertentu juga makin jarang ditemui yang menyebabkan bekalan berkurang dan harga makin naik. Harun dan pekerjanya pun perasan benda ni sebab makin hari makin susah nak cari ikan gelama. Pada tahun 2014, Harun cakap yang dia kena menyelam dan dengar banyak kali untuk tahu tanda-tanda lokasi ikan gelama.

Teknologi moden bakal menghilangkan seni ini
Seni dan kemahiran yang dimiliki oleh Harun memang susah nak jumpa dalam dunia ni. Lagi-lagi bila macam-macam alat pengesan ikan guna teknologi sonar ada. Bunyi-bunyi bising dalam laut yang makin banyak termasuk bunyi bot juga dah menyebabkan minat untuk belajar seni mendengar ikan makin berkurang. Lebih-lebih lagi, pendengar ikan yang ada pun dah banyak berubah menggunakan teknik moden untuk mengesan ikan.

Nampaknya, ilmu yang ada pada Harun sudah pun diturunkan kepada anaknya, Zuraini. Zuraini yang berpeluang mendapatkan ilmu ni juga tak mahu amalan ni hilang pada masa akan datang, Dalam masa yang sama, dia juga melatih anaknya untuk memahami seni mendengar ikan. Tapi, ilmu ni taklah dalam masa sehari dah boleh dapat macam tu je. Menurut Harun, dia pun ambil masa beberapa tahun berlatih untuk membezakan bunyi kumpulan ikan tenggiri, sardin dan gelama.

“Tiada siapa yang boleh ajar kami seni ini. Kami belajar dari ikan itu sendiri. Ikan yang mengajar kami. Anda mesti mendapatkan kemahiran ini dan belajar mengenai lapisan air… Pemborong memberitahu saya, ‘jika kamu tiada, takkan ada lagi ikan Gelama’,” – Harun, petikan dari The Borneo Post.

Kredit : Sos Cili

Tags: , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *