Kisah Perjuangan Erdogan Kembalikan TUDUNG Kepada Wanita Turki Yang Ramai Tak Tahu

| January 25, 2019 | 0 Comments

Kisah Perjuangan Erdogan Kembalikan TUDUNG Kepada Wanita Turki Yang Ramai Tak Tahu | Sejak 1980-2000 Turki sangat sekular hingga wanita diharamkan memakai tudung di tempat awam. Selepas Erdogan memerintah, beliau usaha untuk kembalikan semula tudung kepada wanita Turki. Banyak ranjau dan duka yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ini.

SEJARAH ERDOGAN KEMBALIKAN TUDUNG PADA WANITA TURKI

Sejak tahun 1920-an, Turki telah menetapkan sebuah perlembagaan sekular yang menetapkan bahawa tidak ada agama negara rasmi, simbol-simbol keagamaan mesti berada di luar perkhidmatan awam.

Larangan pada tudung di Turki mula dilaksanakan pada tahun 1980-an, tetapi menjadi lebih ketat selepas tahun 1997 apabila tentera memaksa kerajaan konservatif untuk meletak jawatan dalam insiden yang kemudiannya digelar sebagai “kudeta post-modern” pada 28 Februari.

Memorandum ketenteraan yang telak diusulkan pada masa itu adalah bagi memulakan proses untuk mempercepatkan peletakan jawatan Perdana Menteri Necmettin Erbakan yang disifatkan sebagai anti-sekular, dan berakhirnya kerajaan gabungannya. Beliau dikatakan telah melanggar idea Dasar Sekular yang merupakan asas perlembagaan .

Guru, mahasiswa, pelajar sekolah dan pekerja dilarang memakai tudung. Larangan ini menyebabkan banyak wanita Islam memilih untuk tidak bekerja di tempat awam.

Pada tahun 1999, seorang ahli parlimen Turki, Merve Kavakci, tiba di parlimen dengan memakai hijab untuk upacara mengangkat sumpah. Kerana tudungnya, beliau diketawakan dan kewarganegaraan Turkinya dibatalkan.

Isu larangan pada tudung telah menjadi perdebatan yang hangat dalam masyarakat dan politik pada tahun 1990-an dan 2000-an di Turki. Puncaknya, pada tahun 2000 apabila seorang pelajar perempuan bernama Khadijah (16 tahun) mati di hadapan pagar sekolah.

Puncanya, dia melakukan demonstrasi terhadap larangan bertudung, kemudian dilanggar oleh bas sehingga dia meninggal dunia.

Selepas kerajaan Erdogan berkuasa sejak tahun 2003, larangan itu secara beransur-ansur ditarik balik.

Pembatalan tudung pertama kali digunakan untuk pelajar di universiti pada tahun 2010, diikuti kemudian untuk penjawat awam pada September 2013.

Hakim, pendakwa raya, polis dan anggota angkatan bersenjata masih dikecualikan daripada pembatalan ini.

Hanya selepas bulan Ogos 2016, pegawai polis wanita Turki boleh memakai tudung di bawah topi atau beret mereka.

Menyusul setahun kemudian pada bulan Februari 2017, institusi ketenteraan yang dikenali sebagai institusi paling sukar dan paling di hadapan dalam menjaga sekularisme di Turki, menjadi yang terakhir dibatalkan larangan hijab.

Erdogan mengambil masa sehingga 10 tahun untuk mula meminda undang-undang melarang tudung memasuki institusi negara.

Sepanjang 10 tahun ini, isteri Presiden Abdullah Gul dan isteri Erdogan (pada masa itu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri) terpaksa tidak dapat menemani suami mereka di kediaman rasmi dan istana negara. Atas alasan hijabnya, PM Erdogan kemudian menghantar dua anak perempuannya ke dunia Amerika Syarikat dan Bosnia.

Kerajaan dari Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) yang diketuai oleh Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan telah menjadi perintis dalam menyelesaikan masalah hijab yang telah menyebabkan berjuta-juta wanita Islam di Turki dalam dilema dalam memilih antara agama dan pendidikan atau pekerjaan mereka.

Melalui pakej demokrasi yang bertujuan untuk memastikan hak demokratik untuk semua warganegara, kerajaan meluluskan undang-undang dan membuat pindaan kepada yang sedia ada untuk memastikan wanita yang memakai tudung boleh menerima pendidikan dan bekerja sebagai penjawat awam.

Terjemahan dari turkinesia.net. via Laicikang

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *