Lelaki Ini Menjadikan Kotak Kecil Sebagai Rumahnya. Sedih!

| March 18, 2019 | 0 Comments

Lelaki Ini Menjadikan Kotak Kecil Sebagai Rumahnya. Sedih! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki kehidupan yang selesa dan sempurna. Kita mahukan kediaman yang bagus, dapat menikmati makanan yang enak, mempunyai banyak pakaian cantik, telefon pintar dan barangan berjenama lain.

rumah kotak

Namun, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kerana bukan semua orang mampu untuk merasai kehidupan yang selesa. Ada juga segelintir insan yang tidak bernasib baik dan hidup dalam keadaan serba daif serta tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas…

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila golongan ini tidak mendapat pendedahan umum mengenai bantuan kebajikan yang boleh mereka terima.

Xylenejoy Siarot telah mengongsikan di Facebook mengenai gambar seorang lelaki tua dari Barangay Tominobo, Iligan (Filipina) yang dikatakan melindungi dirinya daripada cuaca dan ancaman luar dengan tinggal di dalam sebuah kotak kecil!

rumah kecil

Kotak bersaiz dua meter panjang dan semeter lebar itu telah dijadikan sebagai ‘rumah’ oleh lelaki berkenaan. Lihatlah bagaimana sempitnya kotak itu sehingga membuatkan lelaki ini tidak dapat duduk dengan selesa.

miskin sedih

Penularan gambar ini menimbulkan pelbagai reaksi positif dan juga negatif dalam kalangan netizen. Ada yang bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan ada juga segelintirnya yang mengecam tindakan individu yang memuat naik gambar berkenaan tanpa menghulurkan bantuan…

Malah, ada juga netizen yang mengongsikan kisah ini kepada Jessica Soho yang mengendalikan program kebajikan dikenali sebagai Kapuso Mo supaya lelaki ini layak mendapatkan bantuan sebaiknya.

Tiada siapa menyangka akan ada manusia yang terpaksa hidup dalam keadaan daif seperti ini. Akan tetapi, ia membuatkan kita sedar bahawa kita perlu saling tolong-menolong sesama manusia dan berkongsi rezeki yang kita perolehi dengan golongan susah.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *