Luahan Perasaan Datuk Saudara Arwah Adib Buat Ramai Sayu. AL FATIHAH.

| December 17, 2018 | 0 Comments

Luahan Perasaan Datuk Saudara Arwah Adib Buat Ramai Sayu. AL FATIHAH. | Wartawan yang telah pun berada di kampung Arwah Adib di Kedah sempat temubual datuk saudara arwah. Ini kata beliau. Allahu sayu. AL FATIHAH.

KALAU KIRA, DIA PATUT BALIK DAH.. MEMANG DIA BALIK SUNGGUH

Pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang meninggal dunia pada Isnin akibat akibat diserang, susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, nyata memberi kesan kepada keluarganya.

Luahan Perasaan Datuk Saudara Arwah Adib Buat Ramai Sayu. AL FATIHAH.

Bagi datuk saudaranya, Mohd Shukor Osman, 53 tahun, segala persiapan perkahwinan Muhammad Adib ditangguhkan sejak beliau parah.

Muhammad Adib dijadualkan berkahwin pada 22 Disember ini bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tahun.

“Sepatutnya kenduri sepupu dia dalam minggu ini pun dia balik. Sebab, barang-barang macam khemah, kerusi meja semua ini kita bawa ke rumah dia pula.

“Tapi, kali ini dia balik dengan keadaan yang tersendiri.

“Saya percaya dia balik kali ini dengan keadaan yang lebih baik. Kita pun belum tahu macam mana kita pulang nanti (meninggal dunia),” katanya ketika ditemui Astro AWANI semasa sedang menggali kubur Allahyarham.

Kerja-kerja menggali kubur bermula jam 1 pagi Selasa dan selesai sekitar jam 4 pagi.

Tambah Mohd Shukor, proses pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Selasa.

Sumber: Astro Awani

JENAZAH ADIB DISAMBUT PENUH KEHORMATAN

Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim akan dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan.

Penghormatan itu diberikan terhadap anggota bomba berusia 24 tahun itu selepas Allahyarham meninggal dunia pada Isnin malam.

Luahan Perasaan Datuk Saudara Arwah Adib Buat Ramai Sayu. AL FATIHAH.

Segala persiapan menyambut kepulangan jenazah di kampung halamannya dekat Tebengau, Kuala Kedah, telah dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah.

Menurut Pemangku Pengarah Bomba Kedah, Mohd Zahar Abdullah, jenazah Muhammad Adib dijangka tiba di rumahnya pada pukul 7 pagi Selasa selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kerja-kerja mengorek liang telah dilakukan anggota bomba malam tadi sebaik mengetahui berita kematian Muhammad Adib.

“Ratusan anggota bomba dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diarahkan hadir bersama-sama pegawai kanan dalam penghormatan terakhir buat Muhammad Adib.

“Mereka akan memakai pakaian lengkap serta songkok Bomba,” kata Mohd Zahar selepas selesai mesyuarat tergempar bersama 25 pegawai bomba di Ibu Pejabat JBPM Kedah di sini, lewat Isnin malam.

Katanya, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut dijangka akan berangkat menziarahi jenazah Muhammad Adib bagi memberi penghormatan terakhir.

Ketua Pengarah JPBM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid dijangka akan mengiringi Sultan Kedah.

Kata Mohd Zahar, seramai 200 anggota JPBM Kedah telah dikerahkan bagi melakukan persiapan dan pengebumian jenazah sehingga selesai.

Tambahnya, JBPM Kedah turut melancarkan tabung kilat untuk disumbang kepada keluarga Allahyarham.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 Nov lalu.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi.

Pihak IJN mengambil keputusan memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam Isnin untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *