oranMakcik Ni Selalu Minta Kulit Ayam. Apa Yang Ditemui Di Rumahnya Buat Ramai Terkedu | Seperti diceritakan oleh Muhammad Hassan. Makcik ni selalu datang untuk minta kulit ayam, ingat nak bagi makan ikan keli ke itik ke. Tapi bila sampai rumah, apa yang ditemui buat ramai terkedu. Allahu. Mari baca kisah ini.

KISAH MAKCIK MINTA KULIT AYAM

Saya dapat kiriman gambar dari seorang sahabat. Beliau pekerja di tempat sembelih ayam di pasar. Harapan beliau adalah supaya saya dapat bantu keluarga ini.

Sahabat saya cerita, setiap hari makcik ini datang ke tempat beliau untuk kutip kulit ayam yang dibuang. Pada awalnya beliau sangka mungkin makcik ini nak beri makan kepada ikan keli atau untuk diberi makan kepada itik.

Rupanya makcik ini akan bawa balik, basuh dan goreng untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Ya boleh dikatakan setiap hari untuk berbuka dan juga sebagai lauk harian mereka dibulan lain.

Kadang kadang kawan saya beri juga ayam dan sedikit sumbangan. Namun makcik ini tetap juga ambil kulit ayam disebabkan anak ramai.

Sebak sangat dengar kisah begini. Inilah realiti ada ibu yang terpaksa lakukan apa sahaja demi mengenyangkan perut anak anak di rumah. Mereka tidak fikir lagi makanan apa yang sedap,bersih atau pun tidak,tapi mereka hanya fikir apa makanan yang boleh mengenyangkan mereka untuk hari ini.

Mungkin di depan kita sekarang ini pelbagai juadah untuk berbuka puasa,mungkin juga ada yang sudah pun kenyang berbuka.

Harapnya setelah kita membaca kisah begini,kita lebih menghargai rezeki makanan yang dikurniakan kepada kita. Janganlah membazir kerana mengikut hawa nafsu. Bayangkan bertan tan setiap tahun makanan dibazirkan terutama di bulan ramadhan.

Kita perlu ingat,jutaan manusia di luar sana mengharungi kebuluran setiap hari. Di yaman lebih 7 juta kanak kanak mengalami kebuluran sehingga ada yang meninggal dunia.

Kita disini hanya mampu menanggung sebak didada,sebaliknya mereka terus berhadap ihsan dari yang Maha Kuasa.

Nasihat orang tua kita dulu.

“Jangan dibuang nasi itu,nanti menangis dia”

UPDATE KISAH MAKCIK KULIT AYAM

Masih ingat makcik yang kutip kulit ayam untuk hidangan keluarga mereka?

Syukur sangat dapat juga jumpa rumah beliau hari ini. Sebenarnya kami dah cari hampir 4 hari. Turun asar hinggalah berbuka masih juga tak ketemu. Ya Allah susahnya nak cari jalan masuk rumah beliau.

Saya tengok dari jauh dah mula sebak. Kami sampai depan rumah beliau semua anak anak keluar menyambut kedatangan kami dengan penuh gembira. Bila saya minta izin masuk dalam rumah, ya Allah.. daif sangat sangat.

Saya masuk dapur memang betul ada kulit ayam yang sedang digoreng dan ikan rebus untuk berbuka puasa.

Saya tak boleh bayangkan rumah sebesar ini dihuni seramai 14 orang termasuk seorang menantu lelaki dan 4 orang anak OKU. Suami pula uzur,makcik ini pula ada masalah kesihatan. (Hyperthyroidism).

Pendapatan pula hanya bergantung kepada hasil dari jualan pucuk pokok nipah yang digunakan sebagai rokok daun.

Sebentar tadi, kami beri sedikit sumbangan barang keperluan untuk masakan di dapur. Insyaallah keluarga ini saya akan pantau dari masa ke semasa, terutama persekolahan anak, kebersihan rumah dan kesihatan anak anak beliau.

Saya pesan kat makcik tadi. Lepas ini jangan lagi kutip kulit ayam ya. Makcik pergi je ambil apa sahaja keperluan dapur kat kedai ayam tu,nanti saya akan bayar semua.

Sahabat. Pandanglah orang di sekeliling kita, ketika kita enak makan di tempat makan best. Carilah mereka yang sangat memerlukan kita. Jangan persoalkan kenapa dan kenapa. Mereka sikit pun tak meminta minta dari kita, bahkan setiap kesusahan mereka kita akan ditanya kelak. Apa saya nak jawab depan Tuhan?

Sumber: FB Muhammad Hassan





Share.

3 Comments

Leave A Reply