Manny Pacquiao Beri RM2000, Sebuah Rumah Dan Pekerjaan Kepada Penjual Aiskrim. Ini Puncanya. | Lagenda boxing Asia ni viral apabila tiba-tiba memberi RM2000, sebuah rumah dan pekerjaan kepada pakcik jual aiskrim. Puncanya buat amat mengejutkan sekali. Allahu.

BERI PENJUAL AIS KRIM RM2000, SEBUAH RUMAH DAN PEKERJAAN

Video ada di hujung artikel. Seorang vendor yang menjalankan perniagaan menjual ais krim telah menerima ‘kejutan’ yang tidak dijangka daripada lagenda boxing yang juga merupakan seorang senator, Manny Pacquiao.

Manny Pacquiao Beri RM2000, Sebuah Rumah Dan Pekerjaan Kepada Penjual Aiskrim. Ini Puncanya.

Ia bertitik tolak setelah beliau mendengar kisah sedih tentang vendor berkenaan, menyebabkan beliau menghadiahkannya sejumlah wang tunai, sebuah rumah dan kerja.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Jen Manilay yang menunjukkan Manny bersama dengan vendore tersebut yang dikenali sebagai Manong Marciano.

Menurut kenyataan Manilay, dia sedang bersama dengan senator itu kemudian memanggil vendor berkenaan kerana Manong sentiasa melalui pejabatnya.

“Saya membeli 10 ais krim dan memberikan 1 kepada senator. Kemudian senator tiba-tiba menyuruh saya memanggil vendor tersebut. Manong terkejut kerana dipanggil oleh Manny Pacquiao,” jelas Manilay.

Pacquiao lantas memberikan wang berjumlah initially handed Marciano 3,000 Philippine peso (RM235), namun setelah beliau tahu lelaki itu menghidapi strok dan mempunyai tiga orang anak yang tidak bersekolah, beliau kemudian menghulurkan wang tambahan berjumlah 30,000 peso (RM2,355).

“Kamu menyewa rumah kah? Minggu depan saya akan beri rumah beserta lot,” kata Manny. Manong mengalirkan air mata kerana sangat tersentuh dengan kemurahan hati Manny. Kini, Manong berupaya untuk membeli ubat selain sedang menunggu pekerjaan yang diberikan oleh senator tersebut.

Ini bermakna dia tidak akan bersusah payah untuk menjual ais krim lagi. Menurut Manilay, dia akan diberikan kerja di Goldenstate (sebuah kolej tempatan di General Santos, South Cotabato, kampung halaman Manny).

Bekas juara dunia, yang kalah kepada Jeff Horn dalam pertarungan terakhirnya pada tahun 2017, akan bertanding dengan juara welterweight WBA, Lucas Matthysse di Kuala Lampur, Malaysia pada bulan Julai kelak.

Jangan lupa untuk kongsikan kisah inspirasi ini supaya ramai lagi individu kaya dan popular ikuti contoh teladan ini

VIDEO MANNY BOXING SANGAT PEMURAH. ALLAHU.

Sumber: Khalifah Media Networks via Jen Manilay/Facebook via Era Baru

Share.

Leave A Reply