Masih Ingat Gambar Ni. Wartawan Dedah Kisah SEBENAR Buat Ramai TERHARU

| January 24, 2019 | 0 Comments

Masih Ingat Gambar Ni. Wartawan Dedah Kisah SEBENAR Buat Ramai TERHARU | Berapa hari lepas viral gambar abang suap makan kepada adiknya. Lepas buat “siasatan”, wartawan dedah kisah sebenar tentang murid-murid tu buat ramai sebak. Allahu tak sangka.

ABANG TERSEBUT PEGANG KAD OKU. ALLAHU.

Minggu lalu, gambar seorang abang menyuapkan nasi ke mulut si adik di sebuah kantin sekolah menjadi bualan warganet.

Masih Ingat Gambar Ni. Wartawan Dedah Kisah SEBENAR Buat Ramai TERHARU

Foto yang tersebar di alam maya itu nyata meruntun jiwa sesiapa yang melihat, malah ada dalam kalangan netizen yang mengakui menitis air mata melihat gambar itu.

Gambar yang dipercayai dirakam oleh petugas sekolah tersebut menunjukkan kasih sejati Muhamad Hisham Ismail, 11, terhadap Nur Dina, 7, apabila sanggup berkongsi sepinggang nasi dan segelas air dengan adiknya itu.

Lebih istimewa walaupun Muhamad Hisham murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) kerana masalah pembelajaran namun sikap penyayang terhadap adiknya, adakala mengatasi kanak-kanak normal lain.

Bapanya, Ismail Setapa, 36, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu berkongsi dan menyuap makanan dan minuman yang diperolehi daripada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah berkenaan dengan adiknya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, Muhamad Hisham berkongsi nasi dengan adiknya sejak dia belajar di tahun 3 lagi manakalanya Nur Dina ketika itu berusia 5 tahun belajar pra sekolah di sekolah sama.

“Saya atau isteri hantar mereka berdua awal ke sekolah setiap pagi kira-kira jam 6.45 pagi kerana Hisham perlu makan makanan RMT yang disediakan di kantin bermula jam 7 pagi.

“Hisham akan membawa adiknya ke kantin bersama untuk berkongsi makanan sementara menunggu masuk kelas pra,” katanya yang tinggal di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pak Kancil, Bandar Permaisuri, di sini.

Ismail berkata lagi, ketika itu. hanya Muhamad Hisham seorang sahaja yang menerima bantuan makanan tersebut kerana tidak ada RMT untuk murid pra sekolah.

Menurutnya, begitulah rutin Muhamad Hisham sejak tahun 2017 hingga sekarang, malah apa yang dilakukan itu bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi di rumah juga anaknya itu bersikap demikian.

“Dia bukan sayang kepada Nur Dina sahaja tetapi menunjukkan kasih sayang kepada kakak dan seorang lagi adiknya, Muhammad Hilmi, 3 tahun.

“Malah semua adik-beradiknya diasuh oleh ibu mereka, Nor Seri Idayu, 32, agar saling sayang menyanyangi sejak kecil sebab itu kakak Hisham, Nur Ain Ismail, 14, juga sering menyuap nasi kepada adik-adiknya,” katanya yang bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan.

Sementara itu guru besar sekolah itu, Mohd. Sabri Mat Jaya berkata, Nur Dina layak menerima bantuan RMT dan permohonan ibu bapa mereka sebelum ini telah diluluskan cuma pemberian bantuan makanan itu untuk murid tahun 1 hanya akan bermula pada bulan depan.

Menurutnya, keakraban dan kasih sayang antara dua beradik itu diharap menjadi teladan kepada murid–murid lain.

“Kita jadikan nilai kasih sayang dan keikhlasan antara mereka sebagai model dan perlu dicontohi,” katanya.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga tersebut memuji didikan kedua-dua ibu bapa Muhamad Hisham sehingga murid tersebut mempunyai sifat terpuji.

Yang Dipertuanya, Mat Suhaimi Mohd Arshad berkata, PIBG menghargai dan mengiktiraf kepada usaha ibu bapa kanak-kanak tersebut dengan menghulurkan sumbangan menerusi Ziarah Cakna.

“Selain barangan asas, pihak PIBG bersetuju menaja belanja kantin dua beradik itu selama dua minggu Januari ini dan berharap agar permandangan indah antara dua beradik ini menjadi contoh terbaik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *