Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas

| December 8, 2019 | 0 Comments

Nasi Goreng Kampung Pedas| Selamat Pagi semua. Ada idea untuk menu pagi ni ? hari ni kami kongsikan resepi masakan Nasi Goreng Kampung yang sangat sedap dan pedas. Nasi Goreng Kampung siapa je kan yang tak suka. Hidangan yang membuatkan anda semua terliur bila tengok adanya sotong, ayam, sayur kangkung, pastu rasa pedas-pedasnya memang sedap. Korang yang nak cuba buat resepi nasi goreng kampung versi khairulaming ni, bolehlah tengok bahan-bahan dan cara-cara dia masak.

Bahan-bahan Membuat Nasi Goreng Kampung:

  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedkit belacan
  • 5 tangkai cili pasi
  • 1 biji bawang merah
  • 100g sotong
  • Sedikit garam
  • Sayur kangkung
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 sudu besar ikan bilis yang telah digoreng.

Cara- cara memasak Nasi Goreng Kampung:

  • Pertama, tumbukkan 1 sudu besar ikan bilis sehingga hancur
  • Kemudian, tumbukkan sekali 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah, sedikit belacan dan 5 tangkai cili padi. Tumbuk sehingga hancur kesemua bahan-bahan tersebut.
  • Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali. Kacau bahan-bahan tersebut.
  • Kemudian masukkan sotong yang telah dibasuh bersih ke dalam kuali.
  • Masukkan garam secukup rasa dan sayur kangkung
  • Setelah itu, masukan 1 cawan nasi dan kacau sehingga rata dan masak
  • Sebelum hidang, taburkan sedikit ikan bilis goreng ke dalam nasi goreng kampung tersebut.
  • Wahhh , dah pun siap hidangan pagi korang hari ni.

Sedap dan pedas nasi goreng kampung ni. Korang jangan malas-malas ya untuk ambil breakfast pagi ini. Hidangan ni sangat menyelerakan. Korang boleh layan video resepi masakan Nasi Goreng Kampung daripada khairulaming ni ya. K. selamat mencuba.

Video Cara Memasak:

View this post on Instagram

Nasi Goreng Kampung . . Bahan2/Ingredients: 🌕1 sudu besar ikan bilis (1 tbsp anchovies) 🌕3 ulas bwg putih (3 cloves garlic) 🌕Sedikit belacan (a bit of dried shrimp paste) 🌕5 cili (5 chillis) 🌕1 biji bawang (1 onion) 🌕100g sotong (100g squid) 🌕Salt 🌕Kangkung 🌕1 mangkuk nasi (1 bowl of rice) 🌕1 sudu besar ikan bilis yang dah digoreng (1 tbsp fried anchovies) . . Kurangkan cili kalau tak suka pedas. . .No prejudice. All material owned by Rasapop PLT. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #drink #2018 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #rasapop #rice #friedrice #kampung

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *