Palestin Diserang Baru Ni. Ini Pengumuman Terkini Qatar Yang MENGEJUTKAN Dunia

| May 11, 2019 | 0 Comments

Palestin Diserang Baru Ni. Ini Pengumuman Terkini Qatar Yang MENGEJUTKAN Dunia | Baru ni Is rael telah menyerang Gaza dan menyebabkan bayi, ibu hamil, dan 2 lagi penduduk maut. Ekoran itu, Qatar membuat pengumuman berani yang mengejutkan dunia. Allahu. Baca selanjutnya.

QATAR SUMBANG RM1.9 BILION KEPADA PALESTIN

Qatar memperuntukkan bantuan sebanyak AS$480 juta (RM1.9 bilion) kepada pihak berkuasa Palestin (PA) bagi menyokong pendidikan dan perkhidmatan kesihatan selain menyediakan bantuan kemanusiaan segera.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas mengalu-alukan pengumuman Qatar itu.

“Qatar memperuntukkan sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) dalam bentuk geran dan pinjaman bagi menyokong bajet sektor pendidikan dan kesihatan PA,” lapor Qatar News Agency, hari ini. – AFP

MEI 2019, GAZA DISERANG ISRAEL

Pejuang Gaza membedil 250 roket ke arah Israel, yang membalas dengan serangan ketika gencatan senjata gagal sekali lagi dalam pertempuran yang mengorbankan empat penduduk Palestin termasuk seorang bayi, dalam laporan yang disanggah rejim Zionis.

Ketegangan terbaru bermula dengan Hamas, yang mentadbir Gaza, mahukan konsesi lebih baik daripada Israel menurut perjanjian gencatan senjata.

Israel berkata, kira-kira 250 roket dibedil dari wilayah Palestin itu dan pertahanan udaranya memintas puluhan daripadanya.

Tentera Israel berkata, kereta kebal dan pesawatnya menyerang 120 kedudukan pejuang.

Ia termasuk terowong serangan Jihad Islam yang memanjang dari selatan Gaza ke wilayah Israel, kata jurucakap tentera, Jonathan Conricus.

Dua bangunan dua tingkat di Gaza musnah, kata penduduk. Israel berkata, satu daripadanya menempatkan pejabat perisikan dan keselamatan Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan kematian bayi berusia 14 bulan dan ibunya yang hamil selain dua lagi penduduk Palestin dalam serangan udara, manakala 40 lagi cedera. – AFP

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *