Pemergian Adib. Ini Luahan Perasaan Terkini Siti Buat Ramai Respek | Sudah sehari arwah Adib meninggalkan kita semua. Terkini Siti Nurhaliza buat luahan perasaan yang buat ramai respek. Allahu.

SITI – MUHASABAH DIRI, SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyifatkan pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Pemergian Adib. Ini Luahan Perasaan Terkini Siti Buat Ramai Respek

Dalam masa yang sama, Siti berharap apa yang terjadi tidak memudarkan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebuah negara tidak akan kuat tanpa keamanan. Dan keamanan itu asasnya adalah rasa penyatuan yang kuat dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara kita.

“Kita muhasabah diri kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Jangan korbankan keamanan yang kita miliki hari ini,” kata Siti ketika ditemui pada sidang media konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Muhammad Adib meninggal dunia pada Isnin malam selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

Siti juga berharap anggota keluarga Muhammad Adib diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang besar ini.

“Muhammad Adib pergi sebagai seorang wira dan pengorbanannya akan terus dikenang rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada Selasa, pihak polis memberi peringatan agar tidak dikaitkan kes kematian Muhammad Adib dengan isu perkauman dan sebagainya.

Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau sebelum ini berkata pergaduhan di kuil itu mungkin boleh dielakkan sekiranya semua pihak akur terhadap keputusan mahkamah berhubung isu pemindahan.

Sumber: Astro Awani

NO 175476 TETAP JADI INGATAN RAKAN

Nombor ‘17476’ pasti akan menjadi kenangan kepada rakan-rakan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada Isnin.

Nombor berkenaan merupakan nombor anggota Muhammad Adib, yang mesra dengan panggilan ‘Mat Dib’ dalam kalangan rakan setugas sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pemergian Muhammad Adib, 24 tahun, setelah tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) akibat cedera parah dipercayai diserang perusuh dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor bulan lepas, diratapi rakyat Malaysia.

Rakan setugasnya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Mohd Khairul Hafiz Mansor, 25 tahun, berkata Allahyarham terkenal dengan sikapnya yang sentiasa murah dengan senyuman dan tidak pernah berkira ketika menjalankan tugas.

“Allahyarham jenis pendiam, tetapi bila sudah kenal, pasti semua orang senang dengan perangai dia… kami dah anggap dia macam adik kami sendiri.

“Sehingga sekarang, senyuman manis dia ketika berada di balai ini sentiasa dalam ingatan semua rakan,” katanya ketika ditemui Bernama di BBP Subang Jaya.

Lebih memilukan, ketika tinjauan Bernama itu kelihatan pakaian rintangan api milik Muhammad Adib masih tergantung di suatu sudut rak pakaian di balai berkenaan.

Pakaian berwarna jingga itu merupakan antara pakaian dibawa bersama Muhammad Adib ketika operasi terakhir Allahyarham pada malam kejadian.

Mohd Khairul Hafiz berkata, walaupun Allahyarham sudah tiada, kenangan sepanjang bertugas bersama akan kekal terpahat dalam diri setiap anggota di balai itu.

“Allahyarham telah meninggalkan kita semua, namun semangat juangnya yang tidak pernah putus asa akan dijadikan suntikan baharu buat kami untuk terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya sambil memegang pakaian operasi Allahyarham.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply