Pokok Petai Menangis. Ini Nasihat Mufti Kelantan Kepada Orang Ramai.

| January 29, 2019 | 0 Comments

Pokok Petai Menangis. Ini Nasihat Mufti Kelantan Kepada Orang Ramai. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – MUFTI Kelantan Datuk Mohamed Shukri mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.

Pokok Petai Menangis. Ini Nasihat Mufti Kelantan Kepada Orang Ramai.

Shukri berkata apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi.

Katanya, mempercayai perkara yang aneh juga boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Jangan sedikitpun meletakkan kepercayaan atau iktikad air yang keluar dari tempat tidak sepatutnya boleh memberi kesan atau menghasilkan musabab kerana semuanya bergantung kepada kuasa Allah,” katanya kepada Bernama, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sebatang pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Saring sejak seminggu lepas.

Kejadian itu dikatakan mengundang perhatian ramai sehingga ada yang menadah air dengan baldi untuk diminum atau membasuh muka kerana dipercayai boleh menjadi ubat.

Mohamed berkata masyarakat juga sepatutnya mengambil iktibar dari pengalaman lepas kerana kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negeri ini.

“Kejadian sebegini pernah berlaku di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas beberapa tahun sebelum ini. Masyarakat sepatutnya menjadikannya sebagai iktibar dan tidak mudah mempercayai sesuatu tanpa usul periksa,” katanya.

Lebih serius lagi, air yang dikatakan keluar dari pokok petai itu juga belum dipastikan kandungan atau kebersihannya dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan jika diminum, katanya. -Bernama

Kredit : Mstar

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *