Resepi Ayam Ala Kenny Rogers

| January 15, 2020 | 0 Comments

Resepi Ayam Ala Kenny Rogers | Hai assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsikan cara buat resepi ayam ala Kenny Rogers. Tak perlu banyak kos dihabiskan pun boleh makan ayam sesedap ayam Kenny Rogers. Resepi ni daripada khairulaming yang memang sedap. Tak perlu dah beli di kedai. Okay jadi tunggu apa lagi, jom lihat bahan buat ayam ni.

Bahan-bahan A:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu black pepper
  • 1 sudu gula
  • ½ sudu garam
  • ¼ cawan minyak zaitun
  • 3 sudu sos black pepper

Bahan-bahan B:

  • ½ ekor ayam
  • 1 sudu mixed herbs
  • 3 biji ubi kentang

Cara Masak Resepi Ayam Ala Kenny Rogers:

  1. Ambil pengisar (blender), masukkan 2 biji bawang merah yang telah dipotong.
  2. Masukkan 3 ulas bawang putih, 3 cm halia dan 1 kiub pati ayam.
  3. Tambahkan 1 sudu black pepper, 1 sudu gula dan ½ setengah sudu garam.
  4. Tuangkan ¼ cawan minyak zaitun dan 3 sudu sos black pepper.
  5. Kisar kesemua bahan di atas hingga sebati.
  6. Ambil separuh ekor ayam letakkan di atas bekas yang sesuai.
  7. Taburkan 1 sudu mixed herbs.
  8. Tuang bahan yang dikisar tadi di atas ayam.
  9. Gaul dan ratakan dengan ayam tadi.
  10. Letakkan 3 biji ubi kentang yang telah dipotong di sekeliling ayam.
  11. Perap ayam tersebut semalaman.
  12. Kemudian bakar perapan ayam pada suhu 180°C selama 1 jam.

Okay siap pun ayam ala Kenny rogers ni. Tak perlu dah cari jauh-jauh, buat sendiri jimat kos. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video untuk anda dapatkan gambaran penuh untuk masak resepi ni. Selamat menonton.

Video Cara Buat Ayam ala Kenny Rogers

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *