Resepi Brownie Dalam Cawan | Hai assalamualaikum. Hari ni kami nak kongsikan resepi yang lain dari yang lain cara membuatnya dengan korang. Resepi daripada khairulaming iaitu, resepi brownie dalam cawan. Menarik bukan bunyinya. Cara buat pun sangat mudah. Jom lihat bahan-bahan membuatnya.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar mentega (2 tbsp butter)
  • 2 sudu besar susu segar (2 tbsp milk)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla ( ½ teaspoon vanilla)
  • 2 sudu besar tepung gandum (2 tbsp flour)
  • 2 sudu besar serbuk koko (2 tbsp coco powder)
  • Secubit garam (A pinch of salt)
  • 2 sudu besar gula perang (2 tbsp brown sugar)
  • 1 skup ais krim.

Cara-cara Buat Brownie Dalam Cawan:

  1. Masukkan 2 sudu besar mentega cair ke dalam cawan yang tahan panas.
  2. Tambah 2 sudu besar susu segar dan ½ sudu kecil esen vanilla.
  3. Masukkan masukkan secubit garam dan 2 sudu besar tepung gandum.
  4. Tambah 2 sudu besar serbuk koko dan gula perang.
  5. Tambah 1 sudu lagi susu segar.
  6. Setelah masukkan kesemua bahan, kacau hingga sebati.
  7. Masukkan ke dalam microwave selama 1-2 minit dan jangan lebih.
  8. Setelah siap, letakkan ais krim vanila di atasnya.

Okay siap pun resepi brownie yang mudah buat ni. Korang tunggu apa lagi, cuba la buat. Mudah dan cepat. Kalau korang buat tak menjadi, maknanya tiada rezeki la nak merasanya. Pastikan cawan yang korang guna tu selamat untuk diletakkan di dalam microwave. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Video di bawah disediakan untuk korang mendapat gambaran penuh cara membuat resepi ni.

Video Cara Buat Resepi Brownie Dalam Cawan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply