Resepi Cara Buat Agar-agar Buah | Hai assalamualaikum semua, minggu lepas kami teringin pula nak makan agar-agar sebab dah lama tak makan. Jadi hari ni kami nak kongsikan cara buat agar-agar buah iaitu, resepi daripada khairulaming. Okay jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • 1/2 buah tembikai
  • Anggur
  • 2 biji buah kiwi
  • 1 biji buah mangga
  • 1 liter air
  • 10g serbuk agar-agar (1 paket kecil)
  • 3/4 cawan gula

Cara-cara Buat Resepi Agar-agar Buah:

  1. Cuci terlebih dahulu buah-buahan hingga bersih.
  2. Potong buah tembikai kepada dua bahagian.
  3. Skup isi buah tembikai kepada bentuk bebola dan asingkan ke dalam mangkuk.
  4. Potong kecil buah kiwi dan mangga.
  5. Ceraikan buah anggur dari tangkainya.
  6. Ambil periuk dan masak 1 liter air.
  7. Tuangkan 10g serbuk agar-agar ke dalam periuk tersebut.
  8. Kemudian masukkan 3/4 cawan gula.
  9. Kacau hingga larut dan setelah mendidih padamkan api.
  10. Buangkan keledak buih dalam periuk agar-agar tadi.
  11. Setelah itu, ambil kulit buah tembikai yang telah diambil isinya tadi.
  12. Tuangkan isi bebola tembikai ke dalam kulit tembikai tadi.
  13. Kemudian diikuti buah-buahan yang telah dipotong tadi.
  14. Gaul buah-buahan tersebut.
  15. Tuangkan agar-agar yang telah dimasak tadi ke dalam kulit tembikai.
  16. Rehatkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  17. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 3 jam.
  18. Setelah 3 jam, keluarkan dan potong agar-agar buah tadi.

Okay siap pun resepi ni. Seronoknya dapat makan makanan yang sejuk dalam keadaan cuaca panas ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video resepi khairulaming yang kelakar untuk korang di bawah untuk rujukan nanti. Selamat menonton.

Video Cara Buat Agar-agar Buah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply