Resepi Cara Buat Apam Balik

| January 15, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Apam Balik | Hai.. Assalamualaikum. Ok hari ni min kongsikan kepada anda resepi Cara Buat Apam Balik. Selalu kita nampak Apam Balik ni jual di pasar malam kan? Apakata hari ni kita belajar sendiri buat Apam Balik di rumah sebagai hidangan anda bersama keluarga. Anak- anak mesti suka dengan Apam Balik anda buat sendiri. Hehehe. Resepi cara buat Apam Balik yang sedap ni anda boleh ikut cara masakan daripada khairulaming. Jom kita cuba!

Bahan-Bahan Buat Apam Balik:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil tepung penaik
  • 1 biji telur
  • 1 ¼ cawan air
  • Pewarna kuning
  • 2 sudu mentega cair
  • Garam

Bahan-Bahan Topping:

  • Mentega
  • Gula
  • Kacang tanah
  • Jagung dalam tin

Cara-cara Buat Apam Balik:

  1. Pertama, untuk membuat adunan tepung. Campurkan tepung gandum, gula, soda bikarbonat, tepung penaik ke dalam bekas.
  2. Kemudian, campurkan sekali sebiji telur, 1 ¼ cawan air, sedikit pewarna kuning, mentega yang telah dicairkan dan sedikit garam. Pukul kesemua bahan-bahan tadi sehingga rata.
  3. Kemudian, tuangkan adunan tepung yang telah siap ke atas pan dengan api yang perlahan. Tunggu sehingga masak.
  4. Setelah itu, sapukan sedikit mentega atas adunan yang telah masak tadi. Taburkan pula 1 sudu gula, 1 sudu kacang tanah dan jagung dalam tin. Sapu dengan rata ya!
  5. Akhir sekali, flip lah apam tadi tu.
  6. Da siappp!! Potong apam balik tadi dan hidangkan bersama keluarga. Sedia untuk di makan.

Wahhhh! Sedapnya resepi Apam balik ni kan.. Da la sedap, mudah pula tu. Tak payah susah-susah beratur panjang dekat pasar malam tu. Buat sendiri dekat rumah pun boleh. Ok lah, kepada yang rasa terliur dengan resepi Apam Balik ni, anda tengok video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *