Resepi Cara Buat Oden| Hai. Siapa dekat sini masih lagi belum cuba oden yang jual dekat Family Mart? Walaupun resepi oden ni da viral tapi min belum pernah cuba lagi oden yang dah ada dekat Family Mart tu. So hari ni min nak cuba buat sendiri resepi cara buat oden dekat rumah. Anda pun boleh cuba. Resepi ni min tengok sangat mudah nak sediakan. Jom kita tengok resepi masakan daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 10 cawan air
  • 2 paket perencah tomyam
  • 1.5 paket perencah asam pedas
  • 1 sudu gula
  • Garam
  • Fish ball/ fish cake dan apa-apa sahaja makanan frozen. Boleh cari dekat supermarket.

Cara-cara memasak Oden:

  1. Gunakan periuk nasi untuk masak oden ni.
  2. Tuangkan 10 cawan air
  3. Masukkan 2 paket perencah tomyam
  4. 1.5 paket perencah asam pedas
  5. Tambahan 1 sudu gula dan garam secukup rasa.
  6. Kacau kesemua bahan-bahan yang telah dicampur tadi.
  7. Kuah dah mendidih, masukkan bahan-bahan frozen dalam kuah tadi. Ohhh, sebelum masukkan makanan frozen tu, pastikan anda cucuk makanan frozen tadi dengan lidi.
  8. Okkk da siap, boleh hidang makan panas-panas. Hirup kuah tu hati-hati ya! Takut lidah korang melecur pula. Hehehe.

Huhuhu. Terliur kan tengok resepi oden ni. Min terliur lah. Boleh lah lepas ni anda yang tertiba-tiba teringin nak buat resepi oden ni boleh lah tengok video memasak daripada khairulaming yang telah min sediakan di bawah. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply