Resepi Cara Buat Rempeyek

| January 14, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Rempeyek | Hai assalamualaikum semua. Kepada anda di rumah kami ingin kongsikan resepi rempeyek yang rangup. Resepi daripada khairulaming, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu jintan putih (1 tbsp cumin)
  • 1 sudu jintan manis (1 tbsp fennel)
  • 3 sudu ikan bilis (3 tbsp dried anchovies)
  • 2 cawan tepung beras (2 cups rice flour)
  • 1 biji telur (1 egg)
  • 200 ml atau 1 kotak kecil santan (200ml coconut milk)
  • Garam (salt)
  • 130ml atau 2/3 kotak kecil air (130ml water)
  • Kacang tanah (Peanuts)
  • Ikan bilis (Anchovies)

Cara Buat Resepi Rempeyek:

  1. Ambil lesung batu, masukkan 1 sudu jintan putih dan 1 sudu jintan manis.
  2. Tumbuk bahan tadi, kemudian masukkan 3 sudu ikan bilis dan tumbuk lagi.
  3. Untuk adunan, masukkan 2 cawan tepung beras ke dalam mangkuk.
  4. Pecahkan 1 biji telur dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  5. Tuang 1 paket kecil santan dan masukkan sedikit garam.
  6. Ambil kotak santan tadi dan masukkan 130 ml air dan tuangkan ke dalam mangkuk tadi.
  7. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  8. Untuk gorengan, panaskan minyak dalam kuali (minyak banyak).
  9. Ambil sudip dan ambil sedikit minyak panas.
  10. Tuangkan sedikit adunan ke atas sudip tadi dan letakkan sedikit kacang tanah dan ikan bilis.
  11. Kemudian letak sudip tersebut ke dalam minyak panas.
  12. Biarkan sekejap hingga adunan rempeyek terapung.
  13. Ulang langkah 10 hingga 13 untuk adunan yang seterusnya.
  14. Terbalikkan setiap rempeyek setelah masak di bahagian bawah.
  15. Setelah nampak garing (kekuning-kuningan), angkat dan toskan.
  16. Ulang goreng adunan mengikut kuantiti yang dikehendaki.
  17. Setelah siap simpan di dalam balang kedap udara.

Okay siap pun resepi ni. Anda boleh la cuba di rumah. Bila ada tetamu diundang atau tidak diundang, boleh la hidangkan untuk mereka. Buat lebih boleh la simpan untuk kunyahan. Okay selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video untuk anda yang kurang faham dengan cara membuatnya. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Rempeyek:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *