Resepi Chocojar Yang Mudah Buat

| December 4, 2019 | 0 Comments

Resepi Chocojar Yang Mudah Buat | Hai, assalamualaikum semua. Kepada peminat-peminat coklat, siapa tak kenal manisan coklat bernama chocojar ni kan. Chocojar ni kami selalu makan masa kami belajar di universiti dulu. Macam-macam  bentuk balang dan rasa ada di jual di pasaran sekarang. Krup krap krup krap ja makan. Sedap sangat. Minat habis la. Jadi hari ni kami nak kongsikan resepi chocojar untuk korang semua. Mudah ja nak buat hanya guna dua bahan sahaja. Resepi ni daripada khairulaming yang mudah sangat cara nak buatnya. Jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan Buat Resepi Chocojar :

  • Bertih Beras (Rice Krispies)
  • 2 coklat bar Cadbury (Chocolate Cadbury)

Cara Buat Chocojar Di Rumah:

  1. Masak air dalam periuk.
  2. Letakkan mangkuk kaca atas periuk (air menggelegak).
  3. Masukkan coklat ke dalam mangkuk kaca tersebut.
  4. Masak hingga cair.
  5. Masukkan bertih beras ke dalam coklat cair tadi.
  6. Kacau hingga sebati.

Cara Buat Chocojar Tanpa Dapur:

  1. Letak 2 bar coklat di tempat yang disinari cahaya matahari.
  2. Tunggu coklat cair.
  3. Dah cair tu campurkan dengan bertih beras.
  4. Kacau hingga sebati. Dah siap!!

Kalau korang nak lagi sedap dan nampak cantik, korang bole la letakkan oreo, nips or cornflake sebagai topping. Uuu sedapnya. Mudah sangat nak buat resepi ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Kami sertakan video cara nak buat resepi ni untuk korang di bawah.

Video Cara Buat Chocojar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *