Resepi Cara Masak Cucur Ikan Bilis Rangup

| November 24, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Masak Cucur Ikan Bilis Rangup | Petang-petang tengah hujan, sambil nak tunggu makan malam, mesti perut mudah je untuk berkeroncong lapar kan. Kami cadangkan anda untuk cuba masak cucur ikan bilis rangup yang sedap dimakan dengan air kopi atau teh panas. Sempoi beb. Jom kita masak Cucur Ikan Bilis. Cucur Ikan Bilis sesuai dijadikan kudapan pagi atau petang. Resepi mudah dan ringkas untuk seisi keluarga menikmati bersama. Resepi masakan Cucur Ikan Bilis daripada khairulaming.

Bahan-bahan Cucur Ikan Bilis:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji bawang merah
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 cawan air suam

Cara-cara Memasak Cucur Ikan Bilis:

  1. Pertama, sediakan satu bekas
  2. Hiriskan bawang merah
  3. Tumbuk sedikit ikan bilis
  4. Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan tadi dengan tepung gandum
  5. Masukkan 2 cawan air suam dan gaul sekata semua bahan2 diatas
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  7. Lepastu korang gorenglah sehingga garing
  8. Daa siap, bolehlah dimakan.

Tak sangka dah siap pun menu resepi cucur ikan bilis kita kali ni. Sangat mudah dan cepat nak masak Cucur Ikan Bilis ni kan? Walaupun mudah nak buat tapi min tetap baik hati kongsikan video resepi masakan khairulaming ini supaya korang adaa mood nak mencuba . kikiki. Jangan lupa pulak sediakan air kopi atau teh panas untuk diminum bersama seisi keluarga. Makan sedap, keluarga jadi mantap. InsyaAllah.

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *