Resepi Cara Buat Masakan Daging Black Pepper Mudah

| November 24, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Masakan Daging Black Pepper Mudah | Ibu-ibu di luar sana ada idea ke nak masak apa untuk makan tengahari ni? Mesti pening nak masak apa yang sedap kan. Kalau masih belum ada idea meh tengok resepi masakan Resepi Cara Buat Masakan Daging Black Pepper Mudah daripada Khairulaming. Mudah dan sedap.

Bahan-bahan Daging Black Pepper:

  • 300g daging
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu sos lada hitam (untuk perap daging)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu sos tiram
  • ½ sudu lada hitam
  • 2 sudu sos lada hitam (untuk kuah daging black pepper)
  • ½ biji bawang holland
  • Lada benggala
  • Sayur brokoli (potong kecik)
  • ½ cawan air
  • 3 sudu air tepung jagung

Cara-cara Memasak Black Pepper:

  1. Pertama, basuh bersih-bersih daging dan potong kecik
  2. Gaulkan daging dengan 3 sudu sos lada hitam dan garam sedikit. Perap selama 30 minit
  3. Panaskan sedikit minyak masak
  4. Setelah 30 minit, korang masukkan daging tadi dalam kuali untuk proses memasak daging (api kecik je)
  5. Masukkan 3 ulas bawang putih dan 2 inci halia yang telah dipotong kecik
  6. Campurkan sos tiram, lada hitam, dan tambahkan 2 sudu lagi sos lada hitam dalam masakan
  7. Masukkan setengah biji bawang holland , lada benggala dan sayur brokoli. Kacau sehingga layu
  8.  Kemudian masukkan sedikit air dan sedikit air tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  9. Kacau sehingga rata dan biarkan daging masak
  10. Resepi Daging Black Pepper korang da pun siap masak untuk hidangan tengahari! Sedap kan.

Korang rasa susah tak nak masak resepi Daging Black Pepper ni? Haishhh, tak susahlah min rasa. Kalau korang rasa macam susah, haa korang tengoklah video resepi masakan Khairulaming yang min sediakan untuk korang ni. Senang jer nak masak. Selamat mencuba.

View this post on Instagram

Daging Black Pepper 🥩 . . Bahan2/Ingredients: 🌕300g daging (300g beef) 🌕Garam (salt) 🌕3 sudu sos lada hitam (3 tbsp black pepper sauce) 🌕3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🌕2 inci halia (2 inch ginger) 🌕1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce) 🌕1/2 sudu lada hitam (1/3 tbsp black pepper) 🌕2 sudu sos lada hitam (2 tbsp black pepper sauce) 🌕1/2 biji bawang holland (1/2 holland onion) 🌕Lada Benggala (capsicum) 🌕Brokoli (broccoli) 🌕1/2 cawan air (1/2 cup water) 🌕3 sudu air tepung jagung (3 tbsp corn starch slurry) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #daging #beef #spicy #dagingblackpepper

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *