Resepi Masakan Mee Goreng Basah Yang Sedap

| January 5, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Mee Goreng Basah Yang Sedap |Assalamualaikum. Kepada anda yang masih tercari-cari resepi apa nak masak untuk hidangan waktu petang dan malam anda apakata kita cuba buat resepi masakan Mee Goreng Basah. Resepi masakan Mee Goreng Basah yang mudah untuk disediakan sesuai untuk hidangan anda sekeluarga. Jom kita cuba resepi sedap daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Mee Goreng Basah:

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang merah
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu cili boh
  • 200g sotong
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 1 biji fish cake
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu air tepung jagung
  • ½ bungkus mee kuning
  • Sayur sayuran (sawi, tomato dll)

Cara-cara Memasak Mee Goreng Basah:

  1. Tumbukkan 3 ulas bawang putih dan ½ biji bawang merah
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk.
  3. Tambahkan 1 sudu cili boh
  4. Masukkan 200g sotong, 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap manis dan1 biji fish cake
  5. Masukkan 1 cawan air. Didihkan sekejap.
  6. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  7. Tambahkan 1 sudu air tepung jagung
  8. Masukkan ½ bungkus mee kuning
  9. Akhir sekali, masukkan sayur kegemaran anda
  10. masak dan kacau sebati
  11. Tadaaa… da siap boleh hidang makan panas-panas sangat sedap.

Tak susah pun nak sediakan resepi masakan Mee Goreng Basah ni. Sangat mudah untuk menyediakan segala jenis bahan-bahan. Sedap dan mudah. Kalau nak cuba buat resepi ni boleh tengok video masakan daripada khairulaming yang telah kami sediakan. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *