Resepi Masakan Mee Goreng Kicap Sedap Terangkat

| November 22, 2019 | 0 Comments

Resepi Masakan Mee Goreng Kicap Sedap Terangkat | Resepi Mee Goreng Kicap yang sedap dan ringkas untuk anda sekeluarga. Memang best kalau korang masak sendiri. Bahan-bahan murah jer nak beli dan korang boleh letak banyak mana sayur, ayam, sotong ikut suka koranglah. Hehe. Jadi puas hati kalau masak sendiri. Jom kita layan video resepi masakan Mee Goreng Kicap daripada Khairulaming.

Bahan-bahan Mee Goreng Kicap:

  • 400g mee kuning (cuci dan toskan)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 150g ayam. Ayam tu korang potong dadu ya!
  • 1 sudu cili boh
  • Sayur sawi
  • Lada untuk hiasan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Campurkan kicap pekat, kicap manis dan sos cili dalam satu bekas
  2. Kacau semua dan letak tepi dulu
  3. Panaskan sedikit minyak masak untuk menumis
  4. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dah dihiris halus tadi sehingga naik bau
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu
  6. Pecahkan telur dan kacau
  7. Setelah itu, masukkan cili boh
  8. Kemudian jangan lupa masukkan campuran kicap tadi ke dalam kuali
  9. Kacau sehingga rata
  10. Masukkan pula mee kuning ke dalam kuali dan gaulkan bersama bahan-bahan tadi
  11. Garam secukup rasa
  12. Bila dah bercampur baru masukkan sayur. Masak sehingga sayur layu
  13. Taburkan hirisan cili merah ke atas mee untuk bertambah sedap lagi
  14. Dah siap , bolehlah tutup api dan hidangkan di atas meja makan.
  15. Mudah dan sedap!

Senang dan ringkas jer resepi Mee Goreng  Kicap ni. Sup sap sup sap jer korang masukkan bahan-bahan ke dalam kuali da siap. Tapi sedap terangkat. Kalau ada yang masih tak faham juga, min ada sediakan video masakan Mee Goreng Kicap daripada khairulaming dekat bawah ni. Bolehlah korang tengok ya! Ok selamat mencuba.

View this post on Instagram

Puasa Day 2 : Mee Goreng Kicap . . Bahan2/Ingredients: 🌕2 sudu kicap pekat (2 tbsp thick soy sauce) 🌕2 sudu kicap manis (2 tbsp sweet soy sauce) 🌕1 sudu sos cili (1 tbsp chilli sauce) 🌕1 biji bawang merah (1 shallot) 🌕3 ulas bawang putih (3 cloves garlic) 🌕150g ayam (150g chicken) 🌕1 sudu cili boh (1 tbsp chilli paste) 🌕400g mee kuning (400g noodles) 🌕Sayur (Veggies) 🌕Lada (Chillies) 🌕1 biji telur (1 egg) – forgot to include in video 🌕Garam (Salt) . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2019 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #meegoreng #meegorengkicap #friednoodle #noodle #puasa #ramadan #menuberbuka

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *