Resepi Murtabak Maggi Mudah Buat

| January 6, 2020 | 0 Comments

Resepi Murtabak Maggi Mudah Buat | Hai assalamualaikum. Kepada korang yang perut selalu berbunyi pada waktu malam, dan korang rasa malas sangat nak keluar beli makanan boleh la buat resepi murtabak maggi yang kami nak kongsikan ni. Kami tahu dalam peti korang banyak stok maggi tersedia. Jadi kami cadangkan korang buat resepi ni sebab mudah saja nak buat dan sedap pula tu. Resepi ni kami ambil daripada khairulaming. Jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • Maggi kari
  • 2 biji telur
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Daun sup

Cara-cara Masak Murtabak Maggi: 

  1. Masak maggi dalam air mendidih.
  2. Toskan setelah masak.
  3. Masukkan maggi ke dalam mangkuk.
  4. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk tadi.
  5. Masukkan sedikit bawang merah yang telah dipotong.
  6. Diikuti potongan cili merah dan daun sup ke dalam mangkuk yang sama.
  7. Tambahkan perencah maggi.
  8. Kacau kesemua bahan tadi.
  9. Tuangkan campuran maggi ke dalam kuali panas.
  10. Setelah masak bahagian bawah, terbalikkan posisi maggi.
  11. Setelah siap masak kedua-dua bahagian, hidangkan di atas pinggan.

Okay siap pun murtabak maggi ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video resepi untuk korang rujuk nanti. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Murtabak Maggi:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *