Resepi Orange Carrot Juice

| January 13, 2020 | 0 Comments

Resepi Orange Carrot Juice | Hai assalamualaikum semua. Kepada anda di rumah, hari ni kami nak kongsikan resepi orange carrot juice. Cuaca panas macam ni, bestnya dapat minum jus kan. Segar sikit kita nak buat kerja rumah yang tak pernah habis tu. Resepi ni kami ambil daripada khairulaming yang memang mudah saja untuk dibuat. Okay jom lihat bahan buat resepi jus ni.

Bahan-bahan:

  • 2 biji lobak merah
  • 2 biji buah oren
  • Gula
  • Air
  • Ais batu

Cara-Cara Buat:

  1. Potong 2 biji buah oren dan lobak merah.
  2. Kisar 2 biji lobak merah dan 2 biji buah oren yang telah dipotong.
  3. Masukkan 1 sudu besar gula dan air.
  4. Tapis hasil kisaran jus tadi ke dalam bekas.
  5. Tuangkan jus yang telah ditapis ke dalam cawan berisi ais batu.

Okay siap pun air jus ni. Mudah saja untuk dibuat tapi kami tak sarankan anda amalkan jus ni selalu. Nampak sahaja bahan jus ni berkhasiat tapi mungkin ada kesan sampingan. Selamat mencuba. Kami sediakan video untuk anda dapatkan gambaran penuh buat resepi ni. Tonton hingga habis ya. Selamat menonton.

Video Cara Buat Orange Carrot Juice:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *