Resepi Spaghetti In Carbonara Sauce Simple Sedap Best. Mesti Cuba!!

| September 23, 2019 | 0 Comments

Resepi Spaghetti In Carbonara Sauce Simple Sedap Best. Mesti Cuba!!| Khalifah Media Networks – Tiba-tiba nak bagi resepi spaghetti, sebab spaghetti ni kan, salah satu daripada jenis makanan yang lebih tahan kenyang berbanding nasi atau mee. Selain daripada sedap, spaghetti sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana spaghetti mempunyai  nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi dan kaya dengan protien. Sebab tu kalau tengok menu yang amalkan diet, ramai yang makan spaghetti menggantikan nasi putih.

Spagheeti ialah Masakan Itali tetapi di  Malaysia pada hari ini bukan sesuatu yang asing lagi. Jika dahulu kita hanya dapat rasa makanan ini di restoran terkemuka sahaja, namun kini ianya sudah mudah didapati dengan harga yang berpatutan.

Kami percaya masakan Itali seperti spageti menjadi kegemaran anak-anak. Bagi yang nak masak sendiri, ini resipi spageti in carbonara sauce mudah dan sedap korang boleh cuba!

Bahan-Bahan:

– 2 sdk minyak zaiton
– 200g sausage dihiris nipis
– 3 biji cendawan butang dihiris nipis
– 3 ulas bawang putih diketuk
– 2 biji kuning telur
– 1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
– 75 g keju pamesan yng prut

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam

Sekian untuk resepi kali ini. Jangan cuba try kat rumah pasti keluarga suka!!

Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat web ini.

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *