Selepas Lama Berdiam Akhirnya Sufian Tampil Beri Respon Buat Ramai Terharu

| February 3, 2019 | 0 Comments

Selepas Lama Berdiam Akhirnya Sufian Tampil Beri Respon Buat Ramai Terharu | Sufian di AJL jadi trending malam tadi dengan persembahan yang buat ramai sayu. Lepas lama berdiam diri, wartawan berjaya dapatkan respon Sufian dan ini kataya buat ramai terharu. Allahu. Baca selanjutnya.

SUFIAN NAFI KAIT KISAH LALU

“Terima kasih atas doa… Maaf andai kata mengguris mana-mana pihak.”

Itu reaksi penerima trofi Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, Sufian Suhaimi apabila kecoh bekas tunang, Elfira Loy melayangkan tweet yang antara lain berharap kejayaan penyanyi itu pada acara anugerah berkenaan mampu menamatkan derita dan penceritaan hidupnya.

Dikerumuni wartawan pada sidang media sebaik berakhirnya AJL 33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi, Sufian sebaliknya enggan memandang negatif tweet Elfira yang mendoakan kejayaan dalam mempertaruhkan lagu Di Matamu pada pertandingan itu.

Mengangkat tiga metafora ketika mendendangkan lagu ‘berhantu’ Di Matamu yang dikatakan menceritakan kisah putus tunang dengan Elfira, Sufian mempertahankan aksinya bukan menyindir atau memperli sesiapa, sebaliknya sekadar memberi penghayatan mendalam terhadap lagu dinyanyikan.

“Ia lagu sedih dan berkait dengan kisah putus cinta di mana bukan saya saja yang pernah mengalaminya. Semua orang di pernah berhadapan situasi sama. Saya cuma menyampaikannya sebaik mungkin.

“Lampu ‘chandelier’, pelamin dan kain putih digunakan bagi menzahirkan penceritaan kesedihan lagu itu. Saya tidak berniat perli sesiapa sebaliknya teruja sehingga ada yang menitiskan air mata dengan persembahan itu.

“Selain penonton di stadium, saya dimaklumkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memuji persembahan saya. Saya memilih untuk hanya memberi perhatian kepada perkara positif begini,” katanya.

Malam tadi, tidak lama selepas Sufian diumumkan memenangi trofi Persembahan Terbaik, netizen kecoh apabila tweet Elfira yang mendoakan kejayaan bekas tunangnya dapat menamatkan derita dan penceritaan hidupnya, tersebar.

Penyanyi Sufian Suhaimi membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – Foto Eizairi Shamsudin

Terdahulu, Sufian tampil di pentas AJL 33 mendendangkan lagu Di Matamu dengan penuh perasaan. Persembahannya yang dilengkapi props kain putih dan pelamin berhias bunga dan sofa pengantin, pantas mengusik emosi penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata.

Sufian berkata, dia tidak berniat memalukan sesiapa dengan persembahan itu, malah tidak mengambil kesempatan daripada kisah cintanya yang berakhir dengan perpisahan.

Sufian juga tidak tahu menahu persamaan pelamin yang digunakan sebagai props seperti didakwa netizen sama dengan pelamin bekas tunangnya itu.

“Saya kurang pasti mengenai hal itu kerana tidak melihat pelamin artis lain. Malah, saya difahamkan, penyanyi Yuna pernah menggunakan khidmat pereka pelamin yang sama,” katanya.

Awal tahun lalu, kisah putus tunang antara Sufian dan Elfira hangat diperkatakan netizen. Umpama cinta tak kesampaian, Sufian melancarkan Di Matamu, lagu cinta melankolik ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, yang dikatakan menceritakan apa yang dilaluinya bersama Elfira.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *