Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati!

| December 17, 2018 | 0 Comments

Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – KUALA KEDAH: Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijadual berlangsung Sabtu ini hampir 80 peratus siap, namun takdir adalah sebaliknya.

Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati!

Sepupu Allahyarham, Amirul Ameer Azmi, 23, berkata arwah ada pulang ke kampung untuk melihat persiapan majlis perkahwinannya baru-baru ini.

“Persiapan untuk kenduri dalam 80 peratus siap, cuma kad kenduri saja tak edar lagi,” kata Amirul Ameer yang menambah bahawa tiada perubahan ketara pada arwah ketika itu.

Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati!

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia malam tadi selepas mengalami kecederaan parah akibat dipukul ketika menjalankan tugas sebagai anggota bomba ketika kekecohan di kuil Maha Mariamman USJ/25 Subang Jaya, Selangor bulan lalu.

Muhammad Adib disifatkan sebagai seorang pendiam dan sangat baik dalam keluarga. Ketika pulang ke kampung bulan lalu, dia banyak menghabiskan masa memancing dan berjalan di keliling kampung.

Malah, kereta Perodua Myvi yang baru dibelinya belum sempat dinaiki Allahyarham.

Kereta itu sengaja ditinggalkan di kampung untuk memudahkan ibu bapanya keluar membeli barang kelengkapan untuk persiapan perkahwinannya, jelas Amirul Ameer.

Allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia jam 9.41 Isnin malam setelah bertarung nyawa selama tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah wira kesayangan negara ini dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Selasa dengan penuh penghormatan.

Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati!

Sepupu Ceritakan Arwah Adib Sengaja Tinggalkan Keretanya Di Kampung. Sayunya Hati!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *