Tengah Gembira Sambut Hari Guru. Tiba2 Lawyer Datang Bagi “Surat Mahkamah”

| April 29, 2019 | 1 Comment

Tengah Gembira Sambut Hari Guru. Tiba2 Lawyer Datang Bagi Surat Mahkamah.. | Seperti diceritakan oleh Cikgu Fadhli Salleh. Tengah gembira sambut Hari Guru di sekolah, lawyer tiba-tiba datang bagi “surat mahkamah”. Bila buka, terus terkejut. Baca selanjutnya.

LAWYER DATANG SEKOLAH BAWA “SURAT MAHKAMAH”

Tengah kalut uruskan perjalan majlis hari guru hari ni, tiba-tiba Pk Pentadbiran En Hazlan datang berjumpa aku dengan muka serius,

“Fadli. Ada peguam datang nak jumpa awak. Dari pagi lagi dia tunggu, dan ni dia dah tak boleh tunggu. Katanya nak sampaikan surat mahkamah urgent.”

Serentak itu jantung berdegup kencang. Dalam kepala mencongak siapa pula yang menyaman aku. Apa pula kesalahan yang aku buat.

Terus aku menuju ke pentas melihat seorang wanita yang berpakai seakan peguam dengan muka serius memegang satu sampul surat.

“Saya peguam. Dan saya ingin sampaikan surat saman ini,” katanya di depan guru besar dan semua pentadbir aku.

“Li, kau buat apa pula ni?” soal Pk Hem aku, En Shafit Ishak.

“Entah la bang. Saya pun tak tahu apa salah saya,” balasku dengan debaran didada.

Puan Guru Besar, Bonda Hazimah Hassan merenung aku dengan wajah yang sangat risau.

Aku merasa sangat bersalah. Apa pada hari sambutan hari guru kali ini aku memalukan semua pentadbir, rakan-rakan guru dan sekolah?

Dalam hati timbul juga rasa marah. Kenapa perlu datang memalukan aku dan pihak sekolah pada hari sambutan hari guru begini? Kenapa tidak serahkan sahaja surat mahkamah itu selepas selesai semua sambutan dan semua orang bersurai?

Aku mengambil surat dan terus ke pejabat untuk membuka dan mengetahui apa tindakan yang bakal aku hadapi.

“Cikgu Fadli. Buka di sini. Buka sekarang,” arah peguam tersebut.

Guru besar menganggukkan kepala dengan wajah yang risau. Seolah dia pun ingin sangat tahu apa kesalahan aku.

Saat ini, berat betul tangan nak membuka sampul itu. Saat itu, aku rasa aku dah menconteng arang kepada semua pentadbir yang selama ini menyokong aku.

Air muka aku berubah dengan penuh rasa bersalah. Kenapa semua ini datang pada hari ini? Pada hari sepatutnya aku bergembira menerima hadiah dan berseronok dengan rakan-rakan sekerja? Kenapa hari ini?

DAPAT ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALDS

Perlahan aku membuka sampul itu dan membaca,

TAHNIAH! Anda merupakan pemenang Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

Terkebil-kebil aku melihat surat itu. Wajah peguam dan pentadbir yang tadi serius dan penuh kerisauan berubah menjadi ceria.

Tampil dari belakang pentas staff McDonald’s membawa ‘mock cheque’, trofi dan sijil penghargaan.

Allahu. Hampir tumpah air mata aku. Tidak dapat aku gambarkan perasaan gembira bercampur terharu pagi tadi.

Antara ribuan guru yang dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019, aku merupakan salah seorang pemenang tahun ini.

Allahu… Syukur tak terkata.

Terima kasih kepada semua yang mencalonkan, yang menyokong dan yang terus menerus memberi semangat kepada aku.

Trofi ini satu penghargaan yang amat bermakna bagi aku.

Sungguh aku terharu dan gembira bila semua kerja buat aku, perkongsian ilmiah aku di Facebook dan kesibukan aku menziarahi keluarga demi keluarga ini rakan-rakan semua sangat hargai.

Anugerah ini satu penghormatan tertinggi buat aku sebagai seorang guru kecil yang tiada apa ini.

Terima kasih semua. 🙇‍♂️

Terima kasih dari hati. ❤️

Sumber: FB Cikgu Fadhli Salleh




Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *