Terowong TERTINGGI Di Dunia China Ni Buat Ramai Tergamam… Ada VIDEO.

| April 29, 2019 | 0 Comments

Terowong TERTINGGI Di Dunia China Ni Buat Ramai Tergamam… Ada VIDEO. | Terowong yang baru siap ni bukan sahaja tertinggi di dunia, tapi juga sedalam 5.7km . Bila drive dalam tu buat ramai tergamam. Ada video. Saksikan.

TEROWONG TERTINGGI DUNIA SEDALAM 5.7KM

Video ada di bawah. Terowong dua hala tertinggi di dunia yang terletak pada ketinggian 4,750 meter dari aras laut akhirnya dibuka kepada pengguna, di Gunung Mila, Tibet, sebuah wilayah autonomi dibawah China.

Terowong berkenaan yang mempunyai panjang sejauh 5.7 kilometer merupakan sebahagian daripada lebuhraya baru sepanjang 400 kilometer menghubungkan bandar Lhasa dengan Nyingchi.

Kerja-kerja pembinaan terowong berkenaan dimulakan pada tahun 2015 di kawasan pergunungan setinggi 5,018 meter dan siap sepenuhnya pada Isnin lepas.

Dengan adanya terowong berkenaan, perjalanan melalui gunung berkenaan berjaya dipendekkan daripada laluan lama sejauh 18 km.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan terowong serba baru itu turut tersebar di media sosial.

Sumber: Xinhuanet via Siakapkeli

VIDEO TEROWONG TERTINGGI DUNIA

GAMBAR-GAMBAR TEROWONG TERTINGGI DUNIA








Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *