Tiada Muzik Zumba Bingit, Brunei Perkenalkan Senaman Sambil Zikir, Selawat Nabi. Ada Video.

| December 11, 2019 | 0 Comments

Tiada Muzik Zumba Bingit, Brunei Perkenalkan Senaman Sambil Zikir, Selawat Nabi. Ada Video. | Seharian berdepan dengan tugasan mahupun di rumah atau pejabat membuatkan ramai orang mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai yang mengamalkan hidup yang sihat dengan melakukan senaman untuk mengurangkan stress.

VIRAL YANG JADI INSPIRASI

Video ada di hujung artikel. Baru-baru ini menerusi sebuah posting di Facebook seorang lelaki, Ismael Haris telah memuat naik sebuah video mengenai negara Brunei Darussalam yang sedang melakukan senaman disulami zikir dan nama-nama Allah SWT. Satu dunia islam jadi respek.

Menurut Ismael, setiap kali program senaman yang dianjurkan di negara kaya dengan minyak dan petroleum itu, mereka akan menggantikan alunan muzik dengan zikir yang memuji nama Allah SWT.

Menerusi video berdurasi seminit 37 saat itu, kelihatan para peserta dalam sebuah program melakukan beberapa jenis senaman seperti regangan badan sambil berselawat yang dikendalikan seorang jurulatih senaman.

Posting itu mendapat ratusan tanda suka dan rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif dan mendoakan kesejahteraan negara Islam yang mengamalkan konsep patuh syariah tersebut.

Negara yang patut dicontohi!

Alhamdulilah! Negara yang penuh dengan berkat

Senaman minda semoga kekal!

Memang bagus diamalkan konsep macam ni. Takde la ter’over’ terkinja-kinja bila dengar muzik rancak masa bersenam. Sihat pun sihat, hidup pun diberkati Allah SWT.

SubhanAllah, sebuah negara Islam yang di rahmati. Semoga ummat Islam terus kuat tidak terpengaruh dengan budaya-budaya yang melalaikan

Tiada yang mustahil jika kita berusaha nak kembalikan kegemilangan Islam. Jangan kita yang terikut barat, sepatutnya kitalah yang menjadi ikutan barat seperti sejarah ratusan dahulu. InsyaAllah. Semoga jadi inspirasi dalam kehidupan kita seharian. Belajar sesuatu hari ini ? Kongsikan pada yang lain…

VIDEO BERKENAAN

Sumber : Ismael Haris via Dunia Akhirat

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *