Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel, Ini Tindakan 5 Negara Eropah Buat Ramai SETUJU

| March 27, 2019 | 0 Comments

Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel, Ini Tindakan 5 Negara Eropah Buat Ramai SETUJU | Khalifah Media Networks – Lima negara Eropah yang menduduki Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menolak keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Golan Height sebagai wilayah Israel dan menyuarakan kebimbangan langkah itu akan memburukkan keadaan.

Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel, Ini Tindakan 5 Negara Eropah Buat Ramai SETUJU

Belgium, Britain, Perancis, Jerman dan Poland menegaskan kedudukan Eropah tidak berubah dan Golan kekal dalam wilayah Syria yang ditawan rejim Zionis, selari dengan undang-undang antarabangsa yang termaktub dalam resolusi PBB.

“Kami tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah yang dirampas rejim itu sejak Jun 1967, termasuk Golan Heights dan kami tidak menganggap ia sebahagian wilayah Israel.

“Kami menyatakan dengan tegas kebimbangan mengenai akibat lebih hebat dengan pengiktirafan itu dan juga keadaan lebih buruk di rantau itu,” kata Duta Belgium, Marc Pesteen de Buytswerve, sambil diapit duta empat negara lagi.

Tiga resolusi Majlis Keselamatan menggesa Israel berundur dari Golan, yang dirampas dari Syria pada Perang Enam Hari 1967, dan mengambil alih wilayah itu pada 1981, tindakan yang tidak pernah diiktiraf antarabangsa.

Kelmarin, Trump menandatangani perisytiharan menyatakan pengiktirafan AS, melanggar dasar negara itu sejak sekian lama. – AFP

Kredit : BH Online

Trump iktiraf Bukit Golan milik Israel

Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan, hari ini.

Kawasan itu adalah wilayah sempadan dirampas Zionis daripada Syria pada 1967.

“Pengiktirafan ini memakan masa panjang untuk dilaksanakan,” kata Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih.

Tindakan Trump itu bertentangan dengan persetujuan antarabangsa, sejak berdekad-dekad.

“Pengiktirafan ini bersejarah, Bukit Golan akan kekal di bawah kawalan Israel. Kita tidak akan melepaskannya.

“Pengiktirafan kamu berlaku ketika Golan amat penting untuk keselamatan kami,” kata Netanyahu terhadap wilayah yang masih dituntut Syria itu. – AFP

Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *