Tun Mahathir – Malaysia Ke Arah Pentadbiran Islam Dan Komfem Ini 2 Menteri Baru | PM Malaysia ke 7 Tun Mahathir hari ni menyatakan komitmen beliau dan kabinet yang akan dibentuk untuk bina Malaysia ke arah pentadbiran Islam. Subhanallah ini perinciannya. Dan berita baik. Komfem dua lagi menteri baru.

MALAYSIA KE ARAH PENTADBIRAN ISLAM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu akan membawa perubahan kepada pentadbiran agama Islam di Malaysia.

Tun Mahathir - Malaysia Ke Arah Pentadbiran Islam Dan Komfem Ini 2 Menteri Baru

Kata beliau, tekanan akan diberi oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

“Umat Islam bukan sahaja akan memanfaatkan bulan puasa dengan melakukan ibadah seperti terawih dan pengajian Al-Quran, tetapi perlu berusaha untuk memahami Al-Quran dan bukan sahaja menghafal ayat-ayatnya.

“Al-Quran adalah panduan utama bagi umat Islam dan panduan yang tidak difahami tidak mungkin menjadi kita umat Islam yang berjaya.

“Sementara kita menghafal, kita juga perlu faham ajaran sebenar agama Islam,” katanya dalam perutusan khas sempena bulan Ramadan menerusi catatan blog pertama beliau sejak dilantik sebagai perdana menteri.

Menerusi perutusan berkenaan, Dr Mahathir turut melahirkan kesyukuran kerana keputusan pilihan raya tidak membawa kepada kekacauan seperti “di sesetengah negara lain”, selain merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan.

“Alhamdulillah. Semua rakyat Malaysia sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keharmonian serta kestabilan dalam negara.

“Polis dan tentera juga memainkan peranan utama di dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman ini,” katanya.

Sementara itu, sebelum hari pengundian pada 9 Mei, Dr Mahathir turut mengutus beberapa surat terbuka kepada pasukan keselamatan, termasuk kepada pegawai tinggi tentera.

Dalam surat berkenaan, beliau meminta mereka membenarkan anggota masing-masing memilih kerajaan tanpa paksaan dan tekanan, di samping bersikap neutral. Sumber: Berita Harian

DUA PORTFOLIO MENTERI BARU KABINET

Selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat buat pertama kali, satu sidang media telah diadakan dan Tun mahathir mempengerusikan sidang media ini dengan memulakan dengan pengumuman bahawa Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang telah didaftarkan secara sah.

Dalam sidang media ini juga, Tun M juga mengatakan beliau akan mengisi satu lagi portfolio sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga akan mengisi dua portfolio sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tun M juga menjangkakan kesemua menteri yang telah dilantik akan mengangkat sumpah pada Isnin bergantung kepada persetujuan dari Istana.

Maknanya disini hanya 7 portfolio telah dilantik oleh Tun M dan akan melengkapkan 13 portfolio sebelum Isnin untuk semuanya mengangkat sumpah. Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply