(Video) Viral Pemburu UFO Dakwa Lihat Kelibat Makhluk Asing Di Gurun | Khalifah Media Networks – Kewujudan makhluk asing sering diperkatakan, malah sudah banyak bukti mengenainya telah dikemukakan.

 (Video) Viral Pemburu UFO Dakwa Lihat Kelibat Makhluk Asing Di Gurun

Apa yang menjadi isu, adakah ia benar atau bukti-bukti itu direka semata-mata.

Tolak ke tepi hal itu, terbaharu tular pula satu video yang memaparkan makhluk asing di sebuah gurun di New Mexico, Amerika Syarikat.

Dirakam pada 8 April lalu, rakaman berkenaan dimuat naik ke laman Youtube konspirasi, The Hidden Underbelly 2.0.

Video berkenaan dirakam oleh pasukan pemburu UFO, Mutual UFO Network (Mufon) sewaktu mereka berada di Gurun Chihuahuan baru-baru ini.

Menurut Mufon, makhluk asing itu tidak dapat dilihat oleh jurukamera sewaktu kejadian sebaliknya hanya disedari setelah mereka menonton semula rakaman tersebut.

Makhluk asing itu kelihatan menutup wajahnya dengan tangan sewaktu kamera bergerak ke arah kedudukannya.

Dalam video tersebut, ada sosok tubuh kelihatan duduk di atas pasir gurun putih. Setelah memainkan video dalam gerakan lambat, mereka mendakwa “alien tersebut meletakkan kepalanya dan menutup mukanya dengan tangannya” apabila kamera meluncur ke atasnya.

Pengkaji berkata “Saya tidak pasti jika ini benar atau CGI kerana tiada tembakan zoom dan ‘alien’ dalam rakaman itu tidak jelas tetapi orang yang mengambil rakaman mendakwa bahawa mereka tidak dapat melihat apa-apa dengan mata kasar. ”

Kredit – Daily Star.

 

Share.

Leave A Reply