Wabak Orang Asli Bateq. Ini Penemuan Penyiasat Kementerian Kesihatan Buat Ramai Tergamam | Baru ni negara digemparkan dengan wabak atau penyakit misteri yang melanda kaum orang asli Bateq di Gua Musang yang telah mengorbankan nyawa. Terkini Kementerian Kesihatan dedah penemuan hasil siasatan yang buat ramai tergamam. Baca selanjutnya.

WABAK DEMAM CAMPAK @ MEASLES SEBAGAI PUNCA

Penyakit misteri yang mengorbankan nyawa ramai kaum Bateq di Gua Musang tu rupanya adalah measles (campak).

Komplikasi jangkitan measles:

◾Pneumonia: jangkitan paru-paru
◾Encephalitis: radang otak
◾Otitis media: radang organ dalam telinga
◾Cirit birit
◾Kematian

Dalam insiden ini, ada kematian. Penyakit ini boleh dielakkan/dikawal komplikasinya dengan vaksinasi.

Oleh kerana ada risiko kematian, vaksin Measles (sebahagian dari vaksin MMR) dimasukkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

Maka, berilah vaksinansi ikut jadual berkenaan. Kalau ramai tak vaksin dalam komuniti kita, maka insiden kaum Bateq ini boleh berlaku dalam skala lebih besar.

Buatlah pilihan bijak, untuk kesejahteraan dan kesihatan kita bersama. Mohon sebarkan.

Sumber: Dr Chaku via Kementerian Kesihatan

Share.

Leave A Reply